Tanda Tanda Dan Simptom Apendiks

“Apa Itu Apendiks?” Apendiks adalah lebihan pada usus perut. Ia terletak di bahagian bawah abdomen kanan. Tiada maklumat berkenaan fungsi apendiks yang sebenar kerana kita boleh hidup tanpa apendiks. Namun ia mungkin mempunyai peranan dalam sistem pencernaan badan manusia umpama bahagian usus yang mempunyai sel usus dan imun.

apendiks-appendix

Punca Radang Apendiks
Jangkitan apendisitis yang teruk boleh menyebabkan apendiks pecah atau bocor, yang menyebabkan najis, nanah dan kuman yang terkandung di dalamnya merebak ke organ berdekatan. Untuk penghidap kencing manis, keadaan ini akan membuatkan kuman merebak dengan lebih cepat.

Simptom Dan Tanda-Tanda Awal Gejala Apendiks
Pada mulanya, pesakit mungkin berasa sakit perut dan bukan sakit di bahagian bawah abdomen kanan. Kemudian sakit pada pada bahagian perut itu beralih ke abdomen kanan yang lebih rendah
Sakit perut luar biasa menjadi bertambah teruk dan berterusan. Badan akan menjadi lemah dan kerap muntah. Kesakitan mungkin berkurangan jika anda berbaring pada sebelah badan dan menarik lutut ke arah dada dan terpaksa duduk sambil membongkok bagi menahan kesakitan. Anda disarankan membuat pemeriksaan segera sekiranya ini yang berlaku kepada anda.

Bahaya Apendiks
Najis, nanah dan kuman yang terkandung dalam apendiks akan merebak ke bahagian lain usus dan organ berdekatan.

Pemeriksaan Doktor
Terdapat benjolan yang lembut di abdomen kanan, sakit apabila ditekan. Ia agak sukar untuk dikenalpasti pada peringkat awal. Sekiranya apendiks sudah pecah dan menyebabkan kesakitan terlampau, pesakit perlu dibedah dengan segera.

Olahan dari sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.