Berita Gembira Untuk Sesiapa Yang Lahir Pada 1 Disember 1974

Ini berita gembira untuk sesiapa yang lahir pada 1 Disember 1984! Adakah anda akan diberikan sesuatu? Bukan. Adakah anda mempunyai keistimewaan tertentu? Bukan. Tetapi anda akan mendapat kunjungan oleh Richard Avis. Tetapi, siapakah dia ni?

Richard Avis dilahirkan pada 1 Disember 1984, di Scotland dan dibesarkan di England. Dia mempunyai misi hidup yang unik iaitu ingin jumpa dengan 40 orang di seluruh dunia yang sama tarikh lahir dengannya. Untuk mencapai matlamat tersebut, dia akan mengelilingi dunia dan berhadapan dengan pelbagai jenis budaya dan negara. Semuanya bermula apabila dia tertanya2 bagaimana hidup orang yang seusianya di tempat lain.

1. Kristina – peguam di Sweden
richard-avis-1-december-1984

Seperti ayat yang terdapat pada websitenya, Richard tahu dia tidak keseorangan pada waktu dia dilahirkan di dunia ini. Jadi apa yang orang seusianya sedang buat pada waktu kini, dengan tempoh hidup yang sama dengannya. Apa pencapaian mereka, kelihatan muda atau tua, bujang atau berkahwin, adakah tempat kelahiran membentuk arah tuju seseorang serta beberapa persoalan lain.

Misi yang diberi gelaran “Time Twins Project” mendapat respon yang menggalakkan dari ratusan orang yang menghubunginya. Namun hanya beberapa orang yang sudi bertemu. Richard Avis merupakan seorang penulis, telah pergi berjumpa orang seusianya di negara Sweden, Holland, Norway, Austria dan bandar New York. Ada yang bekerja sebagai peguam, penulis dan ahli muzik. Dia melancong bersama krew yang akan rakam dan menulis perjalanan ini. Dalam masa terdekat, dia akan ke Australia, Indonesia dan juga Malaysia!

Apa sesiapa yang gembira dengan kehadiran lelaki ini di malaysia? haha

2. Paul – penulis novel di Ireland
richard-avis-1-december-1984

Maklumat lanjut tentang projek ini boleh anda lihat di sini >> richardavis.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.