Buah Oren Bentuk Pentagon

Kebiasaannya buah oren berbentuk bulat atau sfera. Namun berbeza dengan buah yang dikeluarkan oleh ladang buah Hizuchi Tachibana 4H Club di Ehime Prefecture, Shikoku, Jepun. Di Jepun, iyokan ialah buah kacukan diantara oren dan limau mandarin. Ia juga dikenali dengan nama Japanese Summer Orange. Apa yang menarik tentang keluaran Hizuchi Tachibana ialah buah tersebut berbentuk pentagon!

1.
iyokan-pentagon-ehime-prefecture

Idea untuk hasilkan bentuk istimewa ini bermula sejak 5 tahun lepas, tetapi berjaya dapat bentuk yang sempurna 3 tahun lepas. Kenapa bentuk pentagon dipilih? Dalam bahasa Jepun “goukaku” bermaksud “successfully passing an exam” dan “ii yokan” bermaksud “good premonition”. Jadi jika digabung, “goukaku ii yokan” membawa maksud “to have a good premonition of exam success”. Bijak kan?

Ia boleh dijadikan cenderahati kepada sesiapa yang akan menduduki peperiksaan, yakni sebagai tanda ucapan Semoga Berjaya!

2.
iyokan-pentagon-ehime-prefecture

3.
iyokan-pentagon-ehime-prefecture

4.
iyokan-pentagon-ehime-prefecture

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.