Janin Usia 44 Tahun Ditemui Dalam Perut Warga Emas

Seorang wanita Brazil berusia 84 tahun dimasukkan ke hospital selepas mengalami sakit perut dan pening. Hasil dari rawatan amat mengejutkan, dimana keputusan X-ray menunjukkan terdapat janin berusia 44 tahun dalam perut warga emas tersebut! Pusat kesihatan di Tocantins memindahkan dia ke Porto Nacional Hospital untuk pemeriksaan lanjut. Pakar sakit puan (gynaecologist), Gesneria Saraiva Kratka, memaklumkan janin tersebut tidak boleh dilihat melalui ultrasound, tetapi hanya melalui X-ray. Dianggarkan usia tumbesarannya ialah 20 ke 28 minggu. Tulang tangan, kaki, rusuk dan tulang belakang boleh dilihat pada janin yang telah mati tu.

janin-usia-44-tahun-x-ray

Ketika pemeriksaan dijalankan, warga emas tersebut memaklumkan kepada Saraiva Kratka yang dia pernah hamil/mengandung 44 tahun lepas. Waktu itu, dia mengalami kesakitan yang amat sangat dan telah menemui bomoh di kampungnya. Selesai rawatan, sakit tersebut hilang. Tetapi perutnya sudah berhenti membesar. Dia sangka telah mengalami keguguran dan janin telah keluar ketika menjalani rawatan dengan bomoh tu. Sampai la sekarang, baru dia tahu dalam perutnya masih ada sesuatu.

Wanita tersebut tiada keinginan untuk buang janin tu tetapi doktor berharap dapat buat pembedahan supaya tidak menjejaskan kesihatannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.