Wanita Minum 50 Tin Diet Coke Setiap Hari

Jakki Ballan, wanita berusia 42 tahun mengalami ketagihan minum Diet Coke. Semua ini bermula ketika zaman remajanya, dimana pada waktu itu dia mengalami masalah berat badan. Dia minum Coke/Coca-cola biasa setiap hari dan pakar diet mengesyorkan untuk tukar kepada Diet Coke. Ini kerana ia lebih rendah kalori. Disebabkan ketagih, dari remaja hinggalah ke hari ini, dia masih minum minuman ringan tersebut. Jika tiada 2 botol dalam beg, dia tidak akan pergi ke sekolah.

12×28 = 336 tin seminggu.
336/7 = 48 tin sehari!
jakki-ballan-diet-coke

Kini dianggarkan Jakki Ballan minum hampir 50 tin setiap hari. Selepas ditolak waktu tidur, lebih kurang 3 tin setiap jam! Jahanam la dalaman badan dan habis reput tulang dia kan..

Kos yang terpaksa dibelanjakan ialah 500 pound atau lebih kurang RM2740 seminggu! Dan lebih mengejutkan, dia ibu tunggal kepada 5 anak dan tidak bekerja. Akibat dari ketagihan dalam pengambilan Diet Coke melampau setiap hari, kini dia mengalami sakit kepala dan berlaku juga halusinasi. Untuk kawal diri dari masalah ini, Jakki Ballan berjumpa dengan pakar terapi untuk mengurangkan pengambilan. Sekarang, paling sedikit dia minum ialah 30 tin sehari.

Gila mahal kos untuk beli minuman ringan ni.. Dah la tak kerja.. Harap2 anak tak ikut jejak dia ni.

Artikel berkaitan: Wanita Ketagih Air

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.