Alasan Ponteng Kerja

Berikut merupakan alasan terbaik untuk ponteng kerja. Ia biasa diguna untuk ponteng separuh atau sepanjang hari. Ada yang sanggup bagi alasan tak logik untuk tidak hadir ke tempat mencari rezeki. Tak kira samada sektor awam/kerajaan atau swasta. Sebagai manusia, pada suatu ketika, akan timbul perasaan tak nak pergi kerja. Bukan sebab malas, tetapi masalah seperti stress dan tekanan dari pihak2 tertentu. Sesetengah dari apa yang kami kongsi ini adalah alasan lama dan lapuk, namun masih digunakan.

pejabat

Apa2 pun, pesanan kami, bila dah ada kerja tu, kerja la dengan ikhlas dan berpatutan dengan apa yang anda terima dari majikan. Jangan ponteng. Dosa sebab anda telah menipu. Berterus terang itu lebih baik. Masih ramai yang tak bekerja dan ingin ganti tempat anda tu.

Masalah Peribadi
– Berkaitan perkara kecemasan dalam hubungan ahli keluarga. Mereka tak sihat dan juga tiada orang nak jaga anak.
– Terkunci dalam rumah. Bunyi macam tak logik tapi memang pernah berlaku.
– Paip bocor, tandas tersumbat di rumah.
– Hujung minggu pergi ke satu tempat yang jauh dan tak sempat nak balik sebelum hari bekerja. Sangkut dalam jem sepanjang lebuhraya.
– Dompet tercicir. Nak kena pergi balai, bank.

Masalah Pengangkutan
– Tayar kereta/motor pancit.
– Kereta kena blok. Tinggal kat area rumah bertingkat2 la katakan.
– Bateri kong.
– kaburator masuk air sebab malam tadi hujan lebat, tak boleh nak start.
– Bas rosak tengah jalan.

Masalah Kesihatan
– Sakit perut. Alasan yang sangat popular!
– Demam dan selesema.
– Stress dan migraine.
– Cedera selepas bersukan.
– Sakit datang bulan. Ini pun popular jugak!

Masalah Persekitaran
– Banjir.
– Hujan lebat sampai tak nampak jalan nak pandu dan tunggang kenderaan.
– Pokok tumbang merentasi jalan utama di kawasan rumah.
– Tunggu lori hantar air sewaktu putus bekalan.
– Jerebu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.