Bayar Khidmat Doktor Guna Sampah

Di bandar Malang, Indonesia, penduduk setempat boleh mendapatkan khidmat rawatan dan pemeriksaan kesihatan dengan hanya membawa sampah. Sampah yang dimaksudkan ialah bahan buangan kitar semula seperti kertas dan botol plastik. Penduduk akan kumpul barang2 ini dan kemudian akan serahkan untuk mendapat kad pemeriksaan percuma. Program ini dikenali sebagai Klinik Insurans Sampah. Idea bernas oleh Dr. Gamal Albinsaid amat membantu masyarakat di kawasan tersebut kerana rata2 penduduk merupakan golongan yang kurang berkemampuan. Disamping itu, kawasan persekitaran lebih bersih.

gamal-albinsaid

Doktor berusia 24 tahun ini bekerjasama dengan rakannya dalam menguruskan Bank Sampah Malang, tempat pengurusan bahan buangan. Program ini sama seperti insurans kesihatan lain, cuma ia tidak memerlukan seseorang itu bayar guna duit. Nilai “sampah” yang perlu disediakan ialah 10000 rupiah atau lebih kurang RM2.85 sahaja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.