Bunyi Guli Jatuh Di Lantai Dan Perabot Diseret Dalam Rumah

Dari mana datang bunyi guli jatuh atas siling/lantai, perabot diseret/dialih, tumbuk lesung batu, ketuk dinding, tebuk lubang/drill, seret tong gas, pensel bergolek dan juga hempas pintu pada waktu malam?! Pernahkah anda mengalaminya? Kenapa dan apa punca?

Bagi penghuni rumah bertingkat seperti flat, apartment dan kondo, bunyi aneh penuh misteri dan agak seram ini sudah pasti menjadi igauan ngeri. Tidak terkecuali juga rumah teres! Biasanya bunyi ini akan kedengaran apabila tiba waktu senja hinggalah ke subuh. Waktu orang tidur 2 3 pagi. Kadangkala bukan malam je, siang pun ada. Bunyi ini juga ada yang diselangi dengan bunyi kucing bergaduh dan budak menangis. Seram!

Apabila terdengar bunyi, kita anggap:
Bunyi guli jatuh/lantun di lantai dan pensel bergolek – anak jiran sedang bermain.
Bunyi perabot diseret – mungkin jiran sedang susun semula kerusi meja dalam rumah.
Bunyi ketuk dinding, drill/tebuk lubang – renovate/ubahsuai rumah
Bunyi tumbuk lesung batu – jiran kita nak masak pagi esok kot
Bunyi seret tong gas – gas rumah dia habis
Bunyi hempas pintu – bergaduh laki bini
Bunyi pintu pagar digegar – sebab bergaduh jugak haha

bunyi-lantunan-guli-jatuh

Bunyi ini akan berulang ulang seperti irama sehingga anda akan rasa menyampah, geram dan marah. Makin dibiarkan makin serabut. Yang bestnya, bila duduk kat ruang tamu, bunyi kat situ. Bila ke dapur, bunyi kat dapur la pulak! Jika penghuni baru menginap di kediaman, pasti akan beranggapan bunyi tersebut datang dari jiran sebelah, atas dan bawah. Tetapi kalau dah 2 3 tahun tinggal kat situ, takkan la jiran kita tak pernah siap2 renovate rumah dia kan.

Setelah ditanya, dijamin meremang bulu roma apabila tahu jawapan sebenar. Contoh jawapan yang jiran anda jawab ialah rumah kami tiada budak, kami tidur pukul 10 malam dan juga kami tiada dirumah. Erk! Jadi apa punca yang sebenarnya yer?

Dari pandangan Islam:
Angkara jin dan makhluk halus. Kita kan hidup bersama makhluk alam lain, jadi tidak mustahil bunyi tersebut dihasilkan oleh mereka. Ia akan hilang apabila penghuni mengalunkan ayat kitab suci, namun ada yang senyap ada yang makin kuat pulak bunyinya.

Dari pandangan sains:
Setiap bangunan tinggi mesti direka dengan kemampuan untuk menahan perubahan pergerakan zarah, mengembang apabila panas dan mengecut bila sejuk. Seperti ruang yang terdapat pada jambatan. Jadi ketika waktu malam yang sunyi, bunyi geseran yang sikit boleh menjadi kuat.

Pengalaman kami sendiri:
Kami menginap di rumah apartment. Bunyi guli waktu dekat nak azan Maghrib ketika kami di ruang tamu. Kemudian saje2 minum air kat dapur, bunyi kat dapur la pulak. Ketika azan ia hilang. Lepas azan, ada balik! Tabah aje la. Dan pada waktu malam, bunyi orang hentak lantai. Sehingga kini, masih ada bunyi cuma kadang2 tak macam masa baru pindah masuk. Apapun hanya Dia yang perlu kita takut. Semua terjadi dengan izinNya.

Wallahu a’lam

7 thoughts on “Bunyi Guli Jatuh Di Lantai Dan Perabot Diseret Dalam Rumah

  1. haisshhhh, actually aku sejak duk rmh baru ni dh mcm2 bunyi aku dgr dr bahagian atas..bunyi guli melantun ikut arah aku bergerak, bunyi ketuk2 kat dlm blk tido, dapur, ruang tamu, bunyi perabot diseret, bunyi lesung batu..biasanya time waktu senja berlarutan smpi tgh mlm…bila aku ketuk balik, senyap jap, lepas tu dia balas makin kuat..mula2 tu bengang la gak, anak org atas ni hyperaktif sgt ke, jaga2 budak ke org atas ni..bila g naik tgkt atas tgk luar rmh dia xde plak selipar budak2..haissshh..bila ketuk blk, senyap jap, lps tu dia bls makin kuat..mslhnya dh duk situ sethm lbh tp bunyi2 tu still kedengaran..smpi la mlm td, aku smpi tersentak dr tido sebab siling dihentak kuat banyak kali, bunyi mcm org nk pndh rmh, tgk jam 2 pagi..adilaaa…hr ni nk keje..lama plak tu smpi aku g ke ruang tamu n balkoni utk tgk apa yg org atas buat..tgk blk dorg, gelap jek..msk bilik balik, baca ayat kursi lagi then pekup muka dgn bantal, tido jek mcm xde apa berlaku..

    • apa yg en. hafiz leh buat byk bersabar aje la..selalu igt padaNya..ni kan rumah kita, nak tak nak mmg kena hadap tiap2 hari..kami yg dah tinggal lebih 10 tahun tetap ada bunyi jugak..seram tak payah cerita la huhu..ada petua org tua, katanya ketuk dgn penyapu, senyap la kejap.

  2. sy pun ade alami..sy dduk 3 jenis rumah..teres bwh sje,flat n kondo..selama dduk teres,lgsung tak penah dga bunyi2 tu..tapi start dduk kndo n flat,selalu sgt dga..pling slalu dga tu guli jatuh atas lantai mse kt kndo..kt flat lgi bnyk bunyi dia..guli,orang gerudi dinding n bunyi seret perabut, family ingt orang atas yg selalu buat sume tu,smpai kkak mrah setiap hari dga bunyi gerudi dinding..bile tgk intenet,bru la die tau tu sume dtg dri makhluk Allah yg kite xnmpk..last2 kakak ckp..”alaa dia nak bergurau tu”…hihihihii

    • Itu la pasal cik/puan. Kadang2 bunyi ni tak masuk akal, bising dan berlaku waktu senja ke malam. Sampai boleh buat jadi marah. Tapi kita tinggal kat dunia ni, berkongsi dengan makhlukNya yg lain juga, jadi bersabar aje la yer.

  3. Salam,
    rumah sewa (flat) saya sekarang pun sedang diganggu dengan bunyi guli/bebola besi jatuh atau bergolek. Perkara ni jadi sampai menggangu tidur. Bila dipasang ayat Al Quran, bunyi ni berhenti. tapi ada masanya,bila time azan pun bunyi tu ada jugak. pernah sekali, saya naik marah sebab tak tahan diganggu bunyi tu,jadi saya marah bunyi tu. terus hilang bunyi tu. tapi keesokkannya bunyi tu datang balik.sampai sekarang,masih lagi ada bunyi guli tu.

    • Salam 😀
      Kalau dah lama tinggal dan masih ada bunyi, abaikan je. Bila kita marah, lagi makhluk ni suka agaknya.
      Jika tak boleh nak diabaikan, minta pandangan org yg tahu bab2 ni.
      Mula2 kami pindah dulu, tiap2 malam berbunyi, bengang la jugak kan. Lama2 kami biarkan je, malas nak layan.

  4. biasalah tu, bukan manusia je yang wujud dalam dunia ni kan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.