Guinness World Record Taip Keyboard Guna Hidung

Mohammed Khursheed Hussain, telah berjaya pegang Guinness World Record untuk taip keyboard komputer guna hidung dengan pantas! Berusia 23 tahun dan berasal dari Hyderabad, India, dia mengambil masa cuma 48.62 saat untuk taip ayat English ini, “Guinness world records have challenged me to type this sentence using my nose in the fastest time.” Sebelum ini, rekod taip menaip seperti ini telah dipegang oleh Neeta, rakyat India yang mencatat masa 1 minit 33 saat pada 16 November 2008. Untuk memudahkan Khursheed taip, dia tutup sebelah mata supaya lebih jelas untuk lihat huruf.

mohammed-khursheed-hussain

Sebagai info tambahan, Khursheed juga pemegang Guinness World Record untuk aksi taip huruf A sampai Z pada keyboard, guna tangan . Dia berjaya dalam tempoh hanya 3.43 saat pada 2 Februari 2012.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.