Kisah Cinta Sejati Hingga Mati

Sepasang suami isteri yang telah berkahwin selama 60 tahun mati bersama2 dalam tempoh 36 jam di sebuah hospital di Batavia, New York. Suami, Ed Hale dan isteri, Floreen mati sambil berpegangan tangan di katil bersebelahan pada 7 Februari lalu. Hale 83 tahun dan Floreen 82 tahun tidak pernah berpisah sejak mereka kahwin. Mereka bertemu di satu pesta dan jadi suami isteri pada 12 Mei 1953, tinggal di Batavia. Hale seorang yang romantik dan penyayang. Antara perkara yang selalu dia buat ialah beli bunga atau coklat setiap kali beli barang dapur. Floreen pula seorang yang kelakar, ceria.

1.
cinta-sejati

Pada bulan Januari, si suami masuk hospital kerana masalah kegagalan buah pinggang. Dia telah mengalami masalah ini sejak 5 tahun lepas, disamping penyakit diabetes dan sakit jantung. Namun itu tidak menghalangnya bawa isteri kesayangan pergi bersiar2 sebelum masuk hospital.

Kemudian pada 4 Februari, Floreen pula masuk hospital kerana masalah jantung dan paru2 dipenuhi cecair akibat asma. Tetapi hospital yang berlainan. Apabila Hale tahu isterinya masuk hospital, dalam keadaan separuh sedar, dia beritahu kakitangan untuk bawa dia bertemu isteri. Walaupun sudah terlalu lemah, dia berjaya dipindahkan ke hospital dimana isterinya dirawat. Pihak hospital letak katil sebelah2 untuk membolehkan mereka saling berpandangan.

2.
cinta-sejati

Pada 7 Februari, Floreen mati. 36 jam kemudian, Hale pun turut mati. Mereka berpegangan tangan hingga ke akhir hayat.. Mungkin terlalu sedih apabila kehilangan orang tersayang..

3. gambar terakhir mereka..
cinta-sejati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.