Pancing Ikan Guna Memerang

Apa umpan yang sesuai untuk pancing ikan? Bagi nelayan di sebuah perkampungan di Narail, Bangladesh, mereka tidak memerlukan umpan untuk lakukan pekerjaan ini. Mereka cuma perlu guna memerang! Hah macamana tu? Beberapa orang nelayan akan naik bot dan pergi ke tebing sungai.

1.
tangkap-pancing-ikan-guna-memerang

Jala akan dilempar dalam sungai, kemudian memerang yang diikat pada sebatang kayu akan dilepaskan. Apabila haiwan terlatih ini berjaya mengesan ikan ketika menyelam, ia halau ikan tersebut ke arah jala. Bijak bukan? Ia mampu kesan ikan, udang dan ketam di celah2 pokok.

2.
tangkap-pancing-ikan-guna-memerang

3.
tangkap-pancing-ikan-guna-memerang

Aktiviti ini biasanya dilakukan pada waktu malam, mungkin haiwan ini lebih aktif. Jika dulu, nelayan dapat hasil tangkapan yang banyak, ada yang pernah dapat 12 kg ikan. Namun akibat dari masalah pencemaran air dan tangkapan yang tidak dikawal, ikan semakin kurang. Untuk menjaga memerang ini, sebahagian hasil tangkapan digunakan untuk bagi ia makan. Habis la jugak 3 atau 4 kg untuk makan je. Makin sikit la hasil mereka kan.

4.
tangkap-pancing-ikan-guna-memerang

Pada hari ini, cara tangkap ikan guna memerang semakin kurang digunakan. Dulu ia merupakan salah satu cara yang dipraktikkan di beberapa buah negara berkurun lamanya. Golongan muda sudah mula mementingkan pelajaran, kerana ingin dapat kerja yang lebih bagus di bandar. Maka tidak mustahil cara ini akan lenyap dan jadi sejarah pada masa hadapan..

One thought on “Pancing Ikan Guna Memerang

  1. Wah not a bad idea..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.