Penuntut Kolej Ajak Harimau Bergaduh

Yashonandan Kaushik, seorang penuntut kolej bidang jurutera di Madhya Pradesh, India. Dia yang 23 tahun telah mengejutkan pengunjung dan staff Gwalior Zoo. Perbuatan yang dilakukannya memang tidak masuk akal, iaitu panjat dan lompat masuk ke dalam kandang harimau. Kemudian ajak harimau untuk gaduh! Situasi ini ditonton oleh orang disekeliling sambil memanggil Yashonandan Kaushik keluar, tetapi dia buat tak tau aje. Selepas masuk, dia buka baju dan mula kejar serta provoke harimau yang bernama Luv dan Kush.

1.
yashonandan-kaushik

Nasib dia baik, harimau tu mungkin tak faham apa yang berlaku lalu ia masuk ke tempat persembunyian. Peluang ini membolehkan pekerja zoo kunci pintu tempat tersebut. Kejadian berlaku selama lebih kurang 45 minit. Setelah harimau dikurung, dia duduk diatas batu seperti sedang bermeditasi. Menurut pandangan saksi, mereka beranggapan yang dia ni mabuk dan juga sakit mental. Polis akan dakwa Kaushik atas tuduhan cubaan bunuh diri dan pemeriksaan mental akan dijalankan. Bapanya yang sedar dengan berita ni memaklumkan polis yang anaknya hilang sejak 5 hari.

2. sedang memanggil harimau untuk keluar
yashonandan-kaushik

3. kelihatan sedang pegang botol minuman
yashonandan-kaushik

Untuk tonton video di youtube, klik sini >> Ajak Harimau Bergaduh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.