Remaja Tatu Resit McDonalds Di Tangan

Seorang remaja lelaki Norway, Stian Ytterdahl, telah mendapatkan tatu pada tangan kanannya. Lelaki berusia 18 tahun ini buat tatu yang berimej resit mcdonald’s! Dia dikatakan ‘terpaksa’, iaitu sebagai denda kerana dia aktif dan kerap lepak bersama rakan perempuan berbanding rakan lelaki. Jadi rakan lelaki Ytterdahl menyuruhnya buat tatu gambar resit yang diperolehi ketika mereka makan malam bersama. Seperti sudah dijangka, ibubapa dia tak boleh terima keadaan ni. Mengarut katanya.

1.
stian-ytterdahl

Kedai yang menyiapkan tatu ini, Sabelink Tattoo, akan bagi khidmat buat tatu percuma untuk gambar resit dari kedai mereka pada tangan kiri Ytterdahl. Sebabnya ini pelanggan pertama yang minta buat tatu yang tak akan orang lain buat. Ia lengkap dengan tarikh, waktu dan senarai makanan. Apabila pihak mcdonald’s dihubungi, mereka menafikan ini salah satu cara promosi restoran makanan segera itu.

Nanti dah tua baru dia nak menyesal agaknya! haha

2.
stian-ytterdahl

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.