Shrek The Sheep – Biri Biri BerBulu 27kg

Shrek the Sheep merupakan seekor biri-biri jantan baka Merino yang terkenal di New Zealand. Ia dianggap istimewa kerana memiliki bulu setebal 27kg! Bagaimana boleh jadi begitu? Apabila cukup umur 6 tahun, biri-biri akan dipotong bulu mereka untuk tujuan penghasilan pakaian tebal. Shrek the Sheep lahir pada 1995, salah seekor dari 17000, dan pada 1998 ia telah melarikan diri dari ladang Bendigo Station yang terletak di pekan Tarras. Ia berteduh di gua dan makan tumbuhan renek. Pada 2004, selepas 6 tahun lari, dia berjaya ditangkap semula.

1.
shrek-the-sheep

Secara tiba2, ia menjadi terkenal dan menjadi isu yang mendapat liputan media kerana keadaannya yang berbulu tebal ketika ditemui. Shrek muncul di tv, majalah, jumpa perdana menteri, dan yang paling menarik, ia mempunyai kandang sendiri dan penjaga peribadi! Bulu seberat 27kg menyeliputi badan pun dipotong, dimana bulu ini mampu menghasilkan 20 pakaian lelaki dewasa dan hasil lelong diberikan kepada pusat perubatan kanak2. Penduduk New Zealand kehilangan Shrek apabila ia mati pada Jun 2011.

2.
shrek-the-sheep

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.