Khasiat Dan Keburukan Air Daun Ketum

Adakah daun ketum mempunyai khasiat, kebaikan, keburukan serta kesan bahaya yang mudarat? Pokok Ketum banyak didapati di kawasan Asia Tenggara dan tergolong dalam kumpulan pokok kopi. Dengan nama saintifik Mitragyna Speciosa, ia juga dikenali dengan nama Pokok Biak. Di Malaysia, ia boleh dijumpai di hutan utara seperti Kedah, Perlis dan tengah Semenanjung Malaysia. Ada juga yang tanam ketum di ladang. Cara penggunaannya ialah daun ketum direbus dan kemudian minum, yakni menjadi ubat dalam rawatan tradisional. Ia juga boleh dikunyah seperti daun sireh serta dihisap. Dan rasa sangat pahit! Akar pula boleh diracik, dikeringkan dan air rebusannya dapat mengurangkan penyakit darah tinggi/high blood pressure dan kencing manis/diabetes.

1. Daun Ketum
daun-ketum

Khasiat dan Kebaikan Air Daun Ketum

Memulihkan tenaga dan rasa lesu selepas bekerja.
Minuman untuk wanita yang baru lepas bersalin.
Minuman untuk mengeluarkan angin dalam badan.
Dijadikan ubat penahan sakit.
Sesuai untuk rawatan penagihan dadah seperti heroin.
Dapat mengurangkan penyakit kencing manis.
Mengurangkan lenguh-lenguh, kejang otot dan sakit sendi.

Teruskan Membaca

Cara Menghilangkan Malu

Malu tapi mahu merupakan perasaan yang ada dalam diri setiap manusia. Berikut ialah tips dan cara untuk menghilangkan rasa malu yang berlebihan, tidak kira ketika berada di depan umum, lelaki atau wanita dan juga dalam diri. Malu itu penting, tetapi jika ia lebih dari yang sepatutnya, keadaan ini akan membawa kepada keburukan. Jadi bagaimana cara untuk mengatasi sifat malu?

gambar-malu

1. Tidak bersifat rendah diri
Sifat rendah diri kebiasaannya berkaitan dengan penampilan. Jika seseorang itu mengalami masalah berkaitan berat badan dan muka yang dia rasa tak menarik, perkara ini sudah pasti akan membuatkan dia kurang keyakinan diri. Bila tiada keyakinan diri, maka secara tak langsung akan jadi rendah diri. Bila dalam kelas atau tempat kerja, anda tidak akan cuba untuk menonjolkan diri sebab MALU. Apa yang perlu anda buat? Sebagai contoh, anda rasa muka tak lawa tak hensem. Namun tahukah anda, itu cuma perasaan anda sahaja. Masyarakat tak kisah pun. Anda terlalu bermain dengan emosi. Jadi buang fikiran negatif tersebut sebelum ia lebih buruk.

Teruskan Membaca

Papan Tanda Jalan Raya

Dalam artikel ini, kami ingin kongsikan gambar papan tanda isyarat jalan raya atau lalu lintas di Malaysia berserta maksud. Pelbagai simbol papan tanda dapat dilihat di jalan dan lebuhraya, yakni yang disahkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) mengikut undang-undang negara. Fungsi papan tanda adalah untuk memberi panduan dan amaran dalam memastikan kelancaran dalam pergerakan trafik. Apabila pengguna jalan raya kenal jenis-jenis papan tanda yang ada serta makna, sudah pasti tahap keselamatan lebih diambil berat. Diharap artikel ini dapat membantu sesiapa yang masih tidak tahu, keliru dan juga termasuk sesiapa yang akan mengambil ujian teori berkomputer lesen memandu. Apa yang dikongsi merupakan simbol yang kerap anda lihat.

Berhenti
berhenti

Dilarang Berhenti
dilarang-berhenti

Teruskan Membaca

Pesanan Menarik Pada Papan Tanda Jalan Raya Di Gunung Himalaya

Pengguna jalan raya atau Leh–Manali Highway di pergunungan Himalaya pasti akan melihat papan tanda jalan yang menarik ketika melaluinya. Pada papan memaparkan pesanan atau mesej yang amat berguna sebagai tanda peringatan kepada pengguna laluan ini. Bahasa inggeris digunakan pada lebih kurang 130 papan tanda, dan ayatnya ringkas, santai tetapi padat dengan isi. Bagi kami, ia juga agak kelakar dan lucu apabila dibaca berulang kali.

1. If you want to donate blood, do not do it on the road. Donate it in the blood bank / Jika anda ingin derma darah, bukan di jalan. Derma di bank darah
papan-tanda-jalan-raya

Leh–Manali Highway merupakan lebuhraya yang Teruskan Membaca