Cara Menghilangkan Malu

Malu tapi mahu merupakan perasaan yang ada dalam diri setiap manusia. Berikut ialah tips dan cara untuk menghilangkan rasa malu yang berlebihan, tidak kira ketika berada di depan umum, lelaki atau wanita dan juga dalam diri. Malu itu penting, tetapi jika ia lebih dari yang sepatutnya, keadaan ini akan membawa kepada keburukan. Jadi bagaimana cara untuk mengatasi sifat malu?

gambar-malu

1. Tidak bersifat rendah diri
Sifat rendah diri kebiasaannya berkaitan dengan penampilan. Jika seseorang itu mengalami masalah berkaitan berat badan dan muka yang dia rasa tak menarik, perkara ini sudah pasti akan membuatkan dia kurang keyakinan diri. Bila tiada keyakinan diri, maka secara tak langsung akan jadi rendah diri. Bila dalam kelas atau tempat kerja, anda tidak akan cuba untuk menonjolkan diri sebab MALU. Apa yang perlu anda buat? Sebagai contoh, anda rasa muka tak lawa tak hensem. Namun tahukah anda, itu cuma perasaan anda sahaja. Masyarakat tak kisah pun. Anda terlalu bermain dengan emosi. Jadi buang fikiran negatif tersebut sebelum ia lebih buruk.

2. Tingkatkan keyakinan diri
Apabila anda sudah berjaya lawan rasa rendah diri, seterusnya anda perlu meningkatkan keyakinan diri. Tarik nafas dalam2. Buat apa yang patut anda buat. Contoh mudah, ada pembentangan atau presentation. Sediakan bahan apa yang patut, tahu apa yang anda perlu terangkan dan luahkan segala yang anda tahu dihadapan tetamu. Kebiasaannya tahap keyakinan akan hilang akibat MALU. Apa yang perlu anda buat? Bersiap sedia seperti bahan2, latih suara supaya jelas, tidak terketar2 dan ramal soalan yang bakal ditanya. Jika malu, nak cakap pun macam ada emas dalam mulut, sudah pasti client tak nak berurusan dan syarikat tempat kita bekerja yang akan rugi.

3. Berfikiran positif
Fikir hal2 yang elok je. Sebagai contoh, aku malu la nak pakai baju ni, nampak macam tiang bendera. Pedulikan hal MALU! Yang penting, apa yang anda rasa selesa (tutup aurat bagi yang Muslim) dan tidak mengganggu penglihatan orang lain. Jangan la pergi pasar malam pakai high heel. Ini bukan positif dah tapi (isi tempat kosong) haha

4. Tenang
Tenang menjadi aspek yang perlu diambil berat. Kalau cepat panik, susah nak hidup dalam dunia yang makin mencabar ni. Sebagai contoh, ketika berhadapan dengan orang yang berlainan jantina, tak kisah lelaki atau wanita. Niat dalam hati nak mengorat dan cadang nak buat isteri, tetapi bila berdepan, terus hilang ingatan sampai tak tahu nak cakap apa. Ini disebabkan MALU! Paling teruk, ketika nak bercakap, mulut macam tiada gigi, huhahuha je bunyinya. Jadi bertenanglah sebelum memulakan langkah. Fikir apa yang perlu diluahkan.

5. Bergaul dengan masyarakat yakni lelaki dan wanita
Malu akan menjadi penghalang kepada anda untuk bersosial. Apa yang perlu anda buat untuk mengatasi rasa MALU? Kini teknologi makin canggih, gunakanlah kearah yang elok. Guna mana2 aplikasi perhubungan untuk berkomunikasi. Anda suka si A? B? Cuba hubungi mereka dan berkenalan melalui teknologi. Apabila sudah saling mengenali, baru jumpa depan2 (bawa orang ketiga bagi yang Muslim). Jika malu berdua, ajak mak ayah dan rakan2, baru havoc haha

Cakap memang senang, tetapi nak ubah tersangatlah susah. Kesimpulannya, pucuk pangkal adalah diri sendiri. Nak hidup lebih mudah, lebih menarik? Perlulah berubah dan kurangkan rasa malu. Jika anda selesa dengan malu yang berlebihan, terpulang.

Ada sebarang soalan atau perkongsian? Tinggalkan komen anda dibawah 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.