Khasiat Dan Keburukan Air Daun Ketum

Adakah daun ketum mempunyai khasiat, kebaikan, keburukan serta kesan bahaya yang mudarat? Pokok Ketum banyak didapati di kawasan Asia Tenggara dan tergolong dalam kumpulan pokok kopi. Dengan nama saintifik Mitragyna Speciosa, ia juga dikenali dengan nama Pokok Biak. Di Malaysia, ia boleh dijumpai di hutan utara seperti Kedah, Perlis dan tengah Semenanjung Malaysia. Ada juga yang tanam ketum di ladang. Cara penggunaannya ialah daun ketum direbus dan kemudian minum, yakni menjadi ubat dalam rawatan tradisional. Ia juga boleh dikunyah seperti daun sireh serta dihisap. Dan rasa sangat pahit! Akar pula boleh diracik, dikeringkan dan air rebusannya dapat mengurangkan penyakit darah tinggi/high blood pressure dan kencing manis/diabetes.

1. Daun Ketum
daun-ketum

Khasiat dan Kebaikan Air Daun Ketum

Memulihkan tenaga dan rasa lesu selepas bekerja.
Minuman untuk wanita yang baru lepas bersalin.
Minuman untuk mengeluarkan angin dalam badan.
Dijadikan ubat penahan sakit.
Sesuai untuk rawatan penagihan dadah seperti heroin.
Dapat mengurangkan penyakit kencing manis.
Mengurangkan lenguh-lenguh, kejang otot dan sakit sendi.

Secara tradisi, daun ketum dapat mengembalikan kesegaran selepas melakukan pelbagai aktiviti harian seperti bekerja dalam sektor pertanian.

Cara Proses Daun Ketum

Bersihkan daun yang banyak dan masukkan dalam periuk.
Letak air, rebus, sehingga air tinggal sedikit dan bertukar warna jadi seperti air teh o pekat.
Tapis air rebusan dan sudah boleh diminum.

2. Pokok Ketum
pokok-ketum

Tanda-Tanda Dan Gejala Ketagihan Air Daun Ketum

Penyalahgunaan seperti minum air daun ketum dengan kerap boleh menyebabkan khayal. Kemudian akan ketagih/gian.

Susut berat badan.
Insomnia.
Sakit sendi dan lenguh otot.
Kerap buang air kecil.
Sembelit.
Bibir jadi kering.
Muntah dan cirit-birit.
Mudah marah dan sering letih serta lesu.

Hukum dan Fatwa Minum Air Ketum

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah yang bersidang pada 03 Oktober 2005 bersamaan 09 Syaaban 1426 telah membincangkan mengenai Air Daun Ketum. Mesyuarat memutuskan bahawa meminumnya sehingga memabukkan dengan dicampurkan dengan bahan-bahan yang lain maka hukumnya adalah haram.

Keterangan/Hujah:
Daun ketum asal hukumnya adalah harus yang mana kebanyakan masyarakat menggunakannya untuk tujuan perubatan herba atau tradisional. Akan tetapi telah disalah gunakan oleh segelintir masyarakat sehingga memabukkan atau dengan mencampurkan bahan-bahan lain maka hukumnya adalah haram.

Status Penwartaan:
Tidak Diwartakan

3. Ladang Ketum
ladang-ketum

Daun Ketum Dalam Undang-Undang Negara

Daun ketum diletakkan di bawah Seksyen 30 (3) Jadual 3 Akta Racun 1952. Namun pada tahun ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengusulkan cadangan supaya daun ketum diletakkan di bawah Jadual 1 Akta Dadah Berbahaya kepada kerajaan untuk dibawa ke Parlimen.

Ini kerana tindakan yang boleh diambil ke atas individu yang terlibat menanam, memproses dan menjual daun ketum terhad kerana mereka hanya boleh ditahan di bawah Akta Racun 1952. Kebanyakan individu yang terlibat walaupun didakwa di mahkamah, boleh bebas kerana hanya dikenakan tindakan denda dan jarang sekali dijatuhkan hukuman penjara.

Di Malaysia dan beberapa negara Asia serta Eropah seperti Thailand, Bhutan, Myanmar (Burma) Australia, Denmark, Finland dan Poland, penanaman pokok ketum adalah dikawal atau dilarang.

Apabila air ketum dah top kat market, pasti ada yang pandai2 nak buat resepi sendiri. Memang bukan niat untuk perubatan, tetapi untuk khayal. Tambah tu la tambah ni la. Nak lebih ‘kick’ katanya!

4. Air Ketum
air-ketum

Olahan semula dari sumber: 1, 2, 3

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.