Bagaimana Resepi Rahsia KFC Disimpan

Siapa yang tahu resepi rahsia ayam goreng KFC? Bagaimana ia disimpan? Colonel Harland Sanders ialah pemilik stesen minyak pada tahun 1930an. Dia memperkenal ayam goreng dengan resepi rahsia yang dijadikan jualan sampingan kepada pengunjung. Pada mulanya ia dijual di utara Corbin, Kentucky, dan setelah beberapa tahun KFC terkenal dan kemudian dijadikan perniagaan franchise. Kini restoran dengan wajah Colonel Sanders boleh dilihat di serata dunia.

11-secret-herbs-and-spices

Tahukah anda bagaimana resepi ayam goreng ini disimpan? Sebuah tempat rahsia terletak di ibu pejabat KFC di Louisville, Kentucky, mempunyai sistem kawalan ketat. Mungkin sebuah bilik, dinding siling dan lantai dilindungi konkrit setebal 2 kaki menjadi tempat menyimpan maklumat campuran atau adunan 11 jenis rempah. Di kawasan sekitar dan dalam tempat ini terdapat pengesan pergerakan dan CCTV. Anggota keselamatan bersenjata menjaga setiap 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Setiap 30 saat, mereka akan membuat rondaan. Dan cuma 2 orang sahaja di dunia yang tahu dan boleh buka tempat ini! Untuk buka pintu tempat ini, 2 kunci dan 2 nombor pin berbeza perlu disediakan. Mereka juga tidak boleh pergi ke suatu tempat bersama2 atas dasar keselamatan.

Dahsyat gila! Sebab tu la sampai sekarang takde orang yang tahu berapa sukatan 11 rempah ni untuk menjadikannya sama seperti resepi KFC.

Tempat ini berkemungkinan besar memang wujud.

Namun pada pendapat kami, cuma pendapat sahaja, bagaimana resepi ini disimpan akan dikongsi dengan orang awam atas tujuan pengiklanan. Secara tak langsung, orang yang makan akan anggap ia makanan yang unik. Ia betul2 disimpan dan rahsia, cuma tak tahu dimana dan bagaimana tahap keselamatan sebenar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.