Kopi Luwak

Apa itu Kopi Luwak? Bagaimana cara pembuatan kopi ini? Kopi Luwak dibuat dari biji kopi yang diambil dari najis atau tahi musang/luwak. Keistimewaan kopi ini ialah ia mempunyai rasa lain dari kopi biasa kerana bijinya telah melalui saluran pencernaan musang, dan ia berkualiti tinggi (orang kata la). Musang dengan nama saintifik Paradoxurus hermaphroditus terkenal dengan kebolehan memilih buah kopi yang elok untuk dijadikan makanan.

kopi-luwak

Sejarah dan asal usul kopi najis musang bermula sekitar abad ke 18, ketika orang Belanda membuka ladang kopi di Pulau Jawa dan Sumatera, Indonesia. Pemilik ladang tidak membenarkan pekerjanya memetik buah untuk kegunaan peribadi. Disebabkan ingin cuba minum kopi, mereka menemui biji kopi pada najis musang di sekitar ladang, dan membersihkannya. Lalu dijadikan kopi. Apabila pemilik mengetahui kewujudan kopi ini, ia menjadi kegemarannya, dan secara tak langsung telah menjadi kopi paling mahal ketika itu.

Proses Pembuatan Kopi Luwak
1. Buah kopi dipetik dan diletakkan dalam bekas, di dalam sangkar yang mengandungi musang/luwak.
kopi-luwak

kopi-luwak

2. Musang makan. Ia hanya makan kopi yang segar dan masak sahaja.
kopi-luwak

3. Musang menghasilkan najis
kopi-luwak

4. Najis yang mengandungi biji kopi dikutip, dibersih dan dikeringkan. Proses ini mengambil masa sehingga 7 hari.
kopi-luwak

kopi-luwak

5. Dipaket dan sedia untuk dijual
kopi-luwak

Harga kopi luwak dikatakan amat mahal di Malaysia, boleh mencecah ratusan ringgit. Ini kerana, 50gram kopi yang dibeli di Indonesia sudah pun berharga 200,000 rupiah (RM56).

Hukum Meminum Kopi Luwak (Musang) Dalam Islam
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-98 yang bersidang pada 13-15 Februari 2012 telah membincangkan Hukum Meminum Kopi Luwak (Musang). Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

Ulama’-ulama’ fiqh muktabar menjelaskan bahawa mana-mana bijian yang dimuntahkan oleh haiwan atau yang keluar bersama najis haiwan tersebut, selagi mana ianya tidak rosak dan masih kekal dalam rupa bentuknya yang asal atau jika ditanam ia mampu tumbuh, maka ia dihukumkan sebagai mutanajjis dan bukan najis.

Sehubungan itu, selaras dengan penegasan dan pandangan-pandangan tersebut, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa biji Kopi Luwak (musang) adalah bersifat mutanajjis dan ia harus dijadikan bahan minuman dengan syarat:

biji kopi tersebut masih dalam keadaan baik, tidak berlubang, tidak pecah dan dapat tumbuh jika ditanam;
dan biji kopi tersebut hendaklah disucikan terlebih dahulu daripada najis.

Muzakarah juga memutuskan supaya Kopi Luwak yang dihasilkan hendaklah mendapatkan sijil pengesahan halal daripada JAKIM atau Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) sebelum dipasarkan kepada masyarakat Islam.

Ada yang dah pernah dan nak minum tak? Jom kongsi pengalaman anda!

Sumber: 1, 2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.