Bedah Kaki Demi Nak Pakai Kasut Tumit Tinggi

Sanggup jalani pembedahan semata-mata untuk kelihatan cantik ketika pakai kasut tumit tinggi atau heels! Inilah trend terkini di England. “Cinderella surgery” adalah pembedahan yang dilakukan oleh wanita yang kurang berkeyakinan ketika memakai heels.

Apa tujuan dan bagaimana proses pembedahan kosmetik ini?

1. Paulina Charlikowska
bedah-kaki-cinderella-surgery

Tujuan utama ialah untuk memudahkan wanita berkaki besar pakai kasut tumit tinggi. Untuk mencapai matlamat ini, tulang kaki akan dikikis untuk memendekkan jari dan menghilangkan bonjolan di sekitar jari kaki! Lemak yang membuatkan jari kelihatan besar juga akan disedut.

Antara wanita yang menjalani Cinderella surgery ialah pemilik salon, Paulina Charlikowska, dari Blackpool England. Sejak kanak2 wanita berusia 30 tahun ini tidak suka dengan keadaan kakinya. Ia kelihatan bengkok dan apabila pakai heels, dia kata nampak buruk. Keadaan ini buat Paulina kurang keyakinan diri memandangkan tugas dia perlu berhadapan dengan orang setiap hari. Dalam masa yang sama, dia tak nak pakai kasut jenis lain sebab nampak hodoh. Untuk ubah situasi ini, dia mengeluar belanja sebanyak 4500 pound atau lebih kurang RM24600 untuk ubah suai kaki dia. Selepas bedah mengambil masa 1 jam, tempoh penyembuhan pula selama 6 hingga 8 minggu. Kini dia gembira dengan hasil selepas pembedahan.

2. Sebelum
bedah-kaki-cinderella-surgery

3. Selepas bedah
bedah-kaki-cinderella-surgery

4. Hasilnya
bedah-kaki-cinderella-surgery

Walaupun ramai yang tidak sedar akan risiko, doktor tetap memberi amaran kepada wanita dan pesakit yang ingin mendapatkan khidmat ini. Kesan buruk dan komplikasi yang mungkin berlaku ialah kesakitan kekal pada kaki, masalah salur darah dan juga pergerakan sendi tak normal.

5. Antara wanita lain yang menjalani pembedahan. Sonja Ferguson dari Surrey England
bedah-kaki-cinderella-surgery

6. Sebelum
bedah-kaki-cinderella-surgery

7. Selepas
bedah-kaki-cinderella-surgery

Manusia ni macam2 ragam. Ada yang bersyukur, ada yang tak bersyukur. Elok2 boleh jalan, lepas bedah dah tak boleh jalan, baru menyesal tak sudah!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.