Cara Buat Cover Letter Atau Surat Permohonan Kerja

Dalam artikel ini, kami ingin kongsi cara buat cover letter atau surat permohonan kerja terbaik serta ringkas. Cover letter ialah surat iringan yang dihantar bersama dengan resume. Ianya sebagai pembuka bicara yang mengandungi sedikit maklumat yang terdapat dalam resume dan lebih spesifik kepada jawatan yang ingin dipohon. Untuk buat surat permohonan kerja, tiada format rasmi.

Contoh yang kami sediakan ini dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris/English dan sesuai untuk digunakan oleh pekerja yang mempunyai pengalaman kerja, lepasan sekolah, universiti atau kolej/fresh graduate tanpa pengalaman kerja dan juga penuntut yang ingin memohon tempat untuk latihan industri/praktikal.

cara-buat-cover-letter-surat-permohonan-kerja

Contoh cover letter atau surat permohonan kerja Bahasa Melayu

——————————————

Ali Hamzah Bin Majid
No. 2, Jalan Awan, Taman Tasik Utama,
Ayer Keroh, 75450 Melaka.
012-34567

2 November 2018

MEASAT Broadcast Network Systems Sdn Bhd
All Asia Broadcast Centre,
Technology Park Malaysia,
Lebuhraya Puchong-Sg. Besi,
Bukit Jalil, 57000, Kuala Lumpur,
Malaysia.

Kepada Tuan/Puan,

Permohonan Untuk Jawatan – Eksekutif Akauntan

Merujuk perkara diatas, saya Ali Hamzah Bin Majid, 27, ingin memohon jawatan di organisasi ini. Saya ingin memohon jawatan Eksekutif Akauntan. Saya lepasan UiTM Segamat, Johor dalam jurusan Diploma Perakaunan dengan CGPA 3.80. Subjek yang diliputi sewaktu pengajian ialah Financial Accounting, Konsep Perakaunan Islam, Taxation, Auditing, Financial Management, Statistics, Computer Applications and Communications in Accounting and Costing System dan Planning Computerized Accounting.

Pengalaman kerja ialah sebagai Pembantu Akauntan di Celcom Malaysia dari 2015 hingga 2018. Bersama surat ini saya kepilkan bersama resume untuk maklumat pihak tuan/puan.

Saya boleh menghadiri temuduga dalam tempoh satu minggu dan tempoh notis berhenti kerja selama dua bulan sekiranya saya mempunyai peluang bekerja dalam organisasi ini. Saya boleh dihubungi melalui 012-34567 dan alihamzah@ email.com.

Sebarang maklum balas dari pihak tuan/puan amat saya nantikan.

Yang benar,

Ali Hamzah Bin Majid

——————————————

Artikel Berkaitan:
Beza Antara Curriculum Vitae CV Dengan Resume
Contoh Cover Letter Atau Surat Permohonan Kerja
Cara Buat Resume
Contoh Resume
Cara Memperkenalkan Diri Semasa Temuduga

Contoh cover letter atau surat permohonan kerja Bahasa Inggeris

——————————————

Ali Hamzah Bin Majid
No. 2, Jalan Awan, Taman Tasik Utama,
Ayer Keroh, 75450 Melaka.
012-34567

2 November 2018

MEASAT Broadcast Network Systems Sdn Bhd
All Asia Broadcast Centre,
Technology Park Malaysia,
Lebuhraya Puchong-Sg. Besi,
Bukit Jalil, 57000, Kuala Lumpur,
Malaysia.

Dear Mr./Ms,

Application for Employment – Account Executive position

According to above, I am Ali Hamzah Bin Majid, 27, would like to apply for employment at this company. I would like to apply for Account Executive position. I graduated from UiTM Segamat, Johor in Diploma in Accountancy. My CGPA is 3.80. Subjects covered during my studies were Financial Accounting, Konsep Perakaunan Islam, Taxation, Auditing, Financial Management, Statistics, Computer Applications and Communications in Accounting and Costing System and Planning Computerized Accounting.

My work experience is an Accountant Assistant at Celcom Malaysia from 2015 until 2018. I have attached my resume detailing my other qualifications and achievements for your perusal.

I would be able to attend an interview within one week and I have a two months notice period in my existing role should you be interested in me joining your organization. You may reach me through 012-34567 and alihamzah@ email.com.

I look forward to hearing from you soon.

Sincerely,

Ali Hamzah Bin Majid

——————————————

Surat dalam bentuk hard copy/kertas – kena tandatangan
Kalau soft copy/email – tidak perlu

Jika tiada pengalaman dan juga lepasan institusi pengajian, gantikan pengalaman kerja/work experiences dengan sumbangan dan pencapaian semasa menuntut.

Kami tidak bekerja di bahagian sumber manusia/human resource. Namun sekiranya ada sebarang persoalan, anda boleh tinggalkan pertanyaan di ruang komen dibawah. Yang mana boleh dijawab, kami akan jawab.

12 thoughts on “Cara Buat Cover Letter Atau Surat Permohonan Kerja

  1. saya sedang praktikal di sebuah syarikat. tetapi ingin memohon jawatan di syarikat lain, soalan, apa perlu di bawa semasa sesi interview?

  2. saya kene buat latihan industri, so apa yg perlu edit cover letter ini ?lagipun saya xde lg pangalaman bekerja .huhu

  3. salam…
    saya ingin membuat surat tawaran pekerja kepada lepasan praktikal…beri satu contoh

  4. Assalamualaikum.

    Saya nak tanya, macam mana pula caranya nak buat cover letter untuk beberapa jawatan kosong dalam satu surat?

    Adakah sesuai untuk himpunkan sekali dalam satu surat atau buat asing-asing untuk setiap permohonan jawatan?

    • Salam encik/cik Afie,

      Berdasarkan pengalaman kami sendiri dan juga orang disekeliling, cover letter disedia dan dihantar secara berasingan untuk setiap jawatan yg dipohon. 1 jawatan 1 cover letter.

      Ini untuk memudahkan pihak sumber manusia menapis/kumpul pemohon ikut jawatan yg ditawarkan.

  5. salam nak tanya yang mana lebih sesuai dalam bahasa ingris or bahasa melayu untk memohon kerja

  6. Assalamualaikum,
    Saya nak tanya kalau kita ni sedang bekerja (kerja sementara) patut ke dalam cover letter & resume kita bagi tahu kite ni sedang bekerja? Atau jangan bagi tahu kita ni sedang bekerja.
    Mohon pandangan..Terima kasih.

    • Waalaikumsalam,

      Untuk soalan cik/puan ni, pendapat kami ada 2:

      Kalau kerja sementara ni kerja pertama anda:
      Maklumkan dalam cover letter dan resume, ia penting sebagai pengalaman kerja. Maksudnya anda sudah tahu apa tanggungjawab asas seorang pekerja.

      Kalau bukan kerja pertama:
      Andai kata notis berhenti kerja sementara ni dalam tempoh seminggu ke atas, seharusnya maklumkan kepada bakal majikan. Dan jika notis cuma 24 jam sahaja, tak bagitahu pun tak apa.

      Diharap jawapan kami ini dapat membantu anda.

  7. Assalammualaikum,

    saya ingin bertanya, jika kita ingin menghantar cover letter pada company yang tidak ada jawatan kosong, tapi kita saja nak hantar apa tajuk atau headlines yang sesuai..

    terima kasih..

    • Waalaikumsalam,
      Untuk menjawab soalan ini, cik/puan boleh tukarkan ayat dalam contoh diatas:

      Permohonan Untuk Jawatan – Eksekutif Akauntan

      Merujuk perkara diatas, saya Ali Hamzah Bin Majid, 27, ingin memohon jawatan di organisasi ini. Saya ingin memohon jawatan Eksekutif Akauntan.

      Tukar kepada:

      Permohonan Untuk Jawatan Kosong

      Merujuk perkara diatas, saya Ali Hamzah Bin Majid, 27, ingin memohon jawatan di organisasi ini. Saya ingin memohon jawatan yang bersesuaian dengan kelayakan saya jika ada kekosongan.

      ———-

      Application for Employment – Account Executive position

      According to above, I am Ali Hamzah Bin Majid, 27, would like to apply for employment at this company. I would like to apply for Account Executive position.

      Tukar kepada:

      Application for Employment

      According to above, I am Ali Hamzah Bin Majid, 27, would like to apply for employment at this company. I would like to apply for a position that suits with my qualification if there any vacancy .

      Diharap jawapan kami ini dapat membantu anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.