Cara Buat Resume

Dalam artikel ini, kami ingin kongsi cara menulis resume yang lengkap dan terbaik serta ringkas. Untuk buat resume, tiada format rasmi seperti maklumat, susunan dan ayat. Kami sediakan contoh format resume Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris/English dan boleh digunakan ketika mohon kerja dalam sektor kerajaan dan swasta. Kebiasaannya, Bahasa Melayu untuk minta kerja kerajaan manakala Bahasa Inggeris untuk kerja swasta.

Resume ini sesuai untuk pekerja yang mempunyai pengalaman kerja, lepasan sekolah, universiti atau kolej/fresh graduate tanpa pengalaman kerja dan juga penuntut yang ingin memohon tempat untuk latihan industri/praktikal. Dan resume akan dihantar bersama cover letter atau surat permohonan kerja.

cara-buat-resume

Fungsi resume ialah sebagai medium yang menerangkan secara ringkas tentang maklumat diri seperti nama, umur, pendidikan dan pengalaman kerja. Ia akan diberi kepada bakal majikan supaya mereka dapat menilai serta mengetahui maklumat pekerja yang bakal ditemuduga. Jika majikan tertarik dengan maklumat dan cara pembentangan diri dalam resume, ia memberi peluang yang cerah kepada pencari kerja dipanggil temuduga.

Perkara asas/basic dalam penyediaan resume:
1. Helaian resume hendaklah kurang dari 3 helai. Ringkas dan padat.
2. Taip guna komputer, bukan tulis guna tangan.
3. Guna font biasa seperti arial atau calibri dan warna yang tidak berwarna-warni.
4. Susunan biar kemas dan teratur.
5. Guna “bullet point” dalam susunan.
6. Jangan tipu maklumat!
7. Tak perlu tandatangan/signature.
8. Pastikan ejaan betul.
9. Gunakan gambar yang sesuai.

Dalam tempoh tertentu, majikan akan menerima berpuluh malahan beratus resume untuk ditapis kelayakan. Jadi, jika anda sediakan resume seperti karangan, pasti membuang masa pekerja di bahagian sumber manusia/human resources.

Contoh Resume Bahasa Melayu

——————————————

MAKLUMAT PERIBADI

Nama: Ali Hamzah Bin Majid
No Kad Pengenalan: 920101-04-1221
Umur: 27 tahun
Jantina: Lelaki
Alamat:
No. 2, Jalan Awan, Taman Tasik Utama,
Ayer Keroh, 75450 Melaka.
Warganegara: Malaysia
Status: Bujang
Telefon: 012-234567
Email: alihamzah@ email.com

——————————————

OBJEKTIF KERJAYA

Kebolehan serta kemahiran akan diaplikasi sebaik mungkin dalam pekerjaan dan berurusan dengan persekitaran dengan baik untuk memberi hasil positif kepada organisasi.

——————————————

PENGALAMAN KERJA

Pembantu Akaun (2015 hingga 2018)
Bahagian Operasi
Celcom Axiata Berhad
21st Floor, Menara Celcom
No. 82, Jalan Raja Muda Abdul Aziz
50300 Kuala Lumpur

Gaji: RM1700.00

Huraian kerja:
– Urus rekod kewangan, prosedur dan laporan
– Urus bil dan hutang bahagian operasi
– Menyediakan invois kepada pembekal
– Menyediakan laporan bulanan penghutang dan peminjam

——————————————

PENDIDIKAN

Diploma Perakaunan
Universiti Teknologi MARA, Segamat, Johor (2010 hingga 2013)

CGPA: 3.80

Subjek:
Financial Accounting
Taxation
Financial Management
Auditing
Statistics
Konsep Perakaunan Islam
Computer Applications and Communications in Accounting
Costing System and Planning Computerized Accounting

Sijil Pelajaran Malaysia – 2009
Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Keroh, Melaka (2005 hingga 2009)

Bahasa Melayu 1A
Bahasa Inggeris 1A
Matematik 1A
Ekonomi Asas 1A
Matematik Tambahan 1A
Sains 2A
Pendidikan Islam 1A
Prinsip Perakaunan 1A
Sejarah 2A

——————————————

BAHASA

Bahasa Melayu: Cemerlang – membaca dan menulis
English : Cemerlang – membaca dan menulis

——————————————

KEMAHIRAN

Kemahiran Komputer:
UBS Accounting – Cemerlang
Microsoft Office (Word, Excel, PowerPoint) – Cemerlang

Kemahiran Lain:
Komunikasi – Cemerlang
Bekerja dalam kumpulan – Cemerlang

——————————————

AKTIVITI

Celcom Axiata Berhad
2016 – Wakil organisasi di Job Fair 2016 di Putra World Trade Centre (PWTC)
2015 – Wakil organisasi di Job Fair 2015 di Putra World Trade Centre (PWTC)

Universiti Teknologi MARA, Segamat, Johor
2013 – Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM
2012 – Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM

——————————————

GAJI YANG DIPOHON

RM2200.00

——————————————

MAKLUMAT LAIN

Menepati waktu
Bersedia untuk belajar
Boleh berulang-alik
Boleh ditukarkan lokasi kerja

Tarikh sedia untuk bekerja: Januari 2019

——————————————

RUJUKAN

Nama: Ghani Bin Ismail
Jawatan: Eksekutif Kanan
Celcom Axiata Berhad
21st Floor, Menara Celcom
No. 82, Jalan Raja Muda Abdul Aziz
50300 Kuala Lumpur
Telefon: 03-36308888
Email: ghani.ismail@ celcom.com.my

——————————————

Artikel Berkaitan:
Beza Antara Curriculum Vitae CV Dengan Resume
Cara Buat Cover Letter Atau Surat Permohonan Kerja
Contoh Cover Letter Atau Surat Permohonan Kerja
Contoh Resume
Cara Memperkenalkan Diri Semasa Temuduga

Contoh Resume Bahasa Inggeris/English

——————————————

PERSONAL DETAILS

Name: Ali Hamzah Bin Majid
IC Number: 920101-04-1221
Age: 27 tahun
Gender: Lelaki
Address:
No. 2, Jalan Awan, Taman Tasik Utama,
Ayer Keroh, 75450 Melaka.
Nationality: Malaysian
Status: Bujang
Phone: 012-234567
Email: alihamzah@ email.com

——————————————

OBJECTIVES

To obtain a position that will enable me to use all my skills and ability to work well with people and made positive contributions to your organization.

——————————————

WORK EXPERIENCES

Account Assistant (2015 until 2018)
Operation Department
Celcom Axiata Berhad
21st Floor, Menara Celcom
No. 82, Jalan Raja Muda Abdul Aziz
50300 Kuala Lumpur

Salary: RM1700.00

Job Descriptions:
– Maintain control of financial records, procedures, and reporting.
– Maintain control of bank accounts with timely billing and collection of debts and monthly bank reconciliation
– Ensure all supplier invoices and claims are approved in accordance with the procedures
– Prepare monthly debtors and creditors report

——————————————

EDUCATION

Diploma in Accountancy
Universiti Teknologi MARA, Segamat, Johor (2010 until 2013)

CGPA: 3.80

Subject:
Financial Accounting
Taxation
Financial Management
Auditing
Statistics
Konsep Perakaunan Islam
Computer Applications and Communications in Accounting
Costing System and Planning Computerized Accounting

Sijil Pelajaran Malaysia – 2009
Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Keroh, Melaka (2005 until 2009)

Bahasa Melayu 1A
Bahasa Inggeris 1A
Matematik 1A
Ekonomi Asas 1A
Matematik Tambahan 1A
Sains 2A
Pendidikan Islam 1A
Prinsip Perakaunan 1A
Sejarah 2A

——————————————

LANGUAGE

Bahasa Melayu: Excellent in writing and speaking
English : Excellent in writing and speaking

——————————————

SKILLS

Computer Skills:
UBS Accounting – Excellent
Microsoft Office (Word, Excel, PowerPoint) – Excellent

Other Skills:
Communication – Excellent
Teamwork – Excellent

——————————————

ACTIVITIES

Celcom Axiata Berhad
2016 – Wakil organisasi di Job Fair 2016 di Putra World Trade Centre (PWTC)
2015 – Wakil organisasi di Job Fair 2015 di Putra World Trade Centre (PWTC)

Universiti Teknologi MARA, Segamat, Johor
2013 – Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM
2012 – Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM

——————————————

EXPECTED SALARY

RM2200.00

——————————————

OTHERS

Good punctuality
Willing to learn
Willing to travel
Willing to relocate

Date available : January 2019

——————————————

REFERENCES

Name: Ghani Bin Ismail
Position: Senior Executive
Celcom Axiata Berhad
21st Floor, Menara Celcom
No. 82, Jalan Raja Muda Abdul Aziz
50300 Kuala Lumpur
Phone: 03-36308888
Email: ghani.ismail@ celcom.com.my

——————————————
Contoh resume diatas adalah untuk pekerja yang mempunyai pengalaman kerja. Walaupun anda pernah bekerja sebagai pembantu jualan separuh masa, ia juga boleh dikira sebagai pengalaman.

Jika memang tiada pengalaman dan juga lepasan institusi pengajian, sila kosongkan ruang Pengalaman Kerja/ Work Experiences. Masukkan apa yang anda lakukan samada sumbangan dan pencapaian semasa menuntut di ruang Aktiviti/Activities.

Kami tidak bekerja di bahagian sumber manusia/human resource. Namun sekiranya ada sebarang persoalan, anda boleh tinggalkan pertanyaan di ruang komen dibawah. Yang mana boleh dijawab, kami akan jawab.

2 thoughts on “Cara Buat Resume

  1. salam admin,

    nak tnye berkenaan dgn reference tu..

    1)berapa org reference yg perlu di berikan? selalunya sy tgk org letak 2 orang nm di reference tu.
    2)jawatan seorang reference tu penting ke?

    tQ..

    • Salam,

      Untuk menjawab soalan ini:

      1. Kalau 2 pun dah ok. Kebiasaan reference 2 ke 5 orang. Ia bergantung kepada pengalaman anda dan jawatan yang dipohon.

      2. Jawatan reference tersebut memang penting. Lagi tinggi jawatan, lagi bagus.

      Sebelum letak orang tersebut sebagai reference, perlu dapatkan kebenaran dari mereka terlebih dahulu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.