Kedai Kopi Yang Tiada Pekerja

The Vault, sebuah kedai kopi atau cafe terletak di Dakota amerika. Menu di cafe ini sama seperti di tempat lain, contohnya ada kopi, teh, roti dan kek. Namun apa yang membezakan The Vault dengan cafe lain ialah tiada pekerja atau pelayan/waiter di premis ini! Pemilik cafe, David Brekke, memperkenalkan konsep layan diri dan jujur. Pelanggan akan masuk, pilih menu, bayar dan menikmati apa yang dibeli, dan ianya dilakukan oleh pelanggan itu sendiri tanpa bantuan pekerja.

1.
the-vault-dakota

Pelanggan tengok senarai harga dan bayar guna tunai, kad kredit atau cek. Terdapat pembaca kad kredit dan slot untuk tunai di kaunter. Jadi, pelanggan berlaku jujur dalam pembayaran.

2.
the-vault-dakota

Sebelum waktu operasi, David Brekke akan menyiapkan bahan2 yang akan dibeli oleh pelanggan. Walaupun sedar tentang masalah seperti kecurian dan kehilangan wang tunai, dia yakin tidak timbul masalah terbabit atas dasar kejujuran. Sejak dibuka pada tahun lepas, tiada kes kecurian di The Vault yang terletak dalam komuniti masyarakat seramai lebih kurang 6000 ini.

3.
the-vault-dakota

Nak buka jugak la kedai macamni kat Malaysia!

4. pemilik kedai kopi
the-vault-dakota

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.