Makna Dan Maksud Klise Atau Cliche

Makna dan maksud klise atau “cliche” ialah ayat, ungkapan, perkataan atau ekspresi yang kerap digunakan dan diulang-ulang. Klise membuatkan seseorang itu dapat jangka apa yang akan berlaku, kerana sudah kerap ia dilakukan. Cara nak sebut: kli shei

klise-cliche

Apabila cliche dikenalpasti, ia menyebabkan tahap keaslian ayat atau ungkapan tidak menarik minat orang yang melihat atau mendengar.

Contoh Klise

Kami kongsi 2 contoh paling mudah.

1. Situasi dalam drama Melayu.

Ali jadi hero drama. Anak dato’ kerja CEO duk bercerita tender 5 6 juta.
Siti jadi heroin. Ayu ibarat wanita Melayu terakhir.
Abu ialah watak yang jahat, ingin rampas heroin dari hero. Tak bekerja dan muka bengis.

Maka bergaduhlah Ali dan Abu sebab berebut Siti. Di penghujung cerita, Abu mati kerana dilanggar kereta ketika aksi tolak menolak dengan Ali. Dan Ali kahwin dengan Siti, mereka pun hidup bahagia.

Mesti selalu kita tengok situasi begini dalam drama kan? Bila dah selalu tengok, kita boleh jangka apa yang jadi seterusnya. Dan terkeluarlah ayat dari mulut kita, “Klise sangat jalan cerita drama ni.”

2. Ketika sesi temuduga.

Penemuduga: Huraikan apa sumbangan kamu terhadap syarikat sekiranya dipilih untuk isi jawatan ini?

Calon: Saya akan bekerja dengan bersungguh2, mencapai matlamat syarikat, memberikan khidmat yang terbaik, bla bla bla

Penemuduga: *cakap dalam hati* Klise sangat la jawapan dia ni..

Melalui artikel ini, diharap anda faham apa erti klise/cliche. Sebarang pertanyaan boleh tanya kami di ruang komen dibawah 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.