Manusia Bertahan Tanpa Tidur Paling Lama Di Dunia

Berapa lama manusia dapat bertahan tanpa tidur? Sudah pasti anda sudah tahu pelbagai fakta tentang tidur samada fakta baik atau buruk. Dalam artikel ini, kami ingin kongsi tentang rekod manusia bertahan paling lama tanpa tidur di dunia. Rekod ini dilakukan oleh Randy Gardner pada tahun 1964, ketika berusia 17 tahun.

Remaja lelaki yang berasal dari San Diego, California, tidak tidur selama 264.4 jam sama dengan 11 hari 24 minit! Kajian ini diketuai oleh beberapa orang penyelidik berkenaan tidur dari Stanford.

randy-gardner-no-sleep-tahan-tidur

Tujuan kajian ialah untuk mengetahui samada tidak tidur secara normal akan memberi kesan negatif kepada fizikal dan mental/psikologi dalam hidup seseorang. Sepanjang tempoh kajian, tiada masalah besar dialami Randy Gardner. Namun ketika hari2 penghujung, mula nampak kesan tahan dari tidur.

Antaranya ialah perubahan emosi, sikap, short term memory/ingatan jangka pendek dan juga halusinasi. Pada hari ke 11 Gardner diminta untuk buat mengira, bermula dari nombor 100 dia perlu tolak 7. Sampai ke nombor 65, dia berhenti. Apabila ditanya kenapa berhenti, dia kata dia tak tahu apa yang dia sedang buat! Dia hilang tumpuan. Selepas 264.4 jam berjaga, akhirnya dia tidur selama 14 jam 40 minit.

randy-gardner-no-sleep-tahan-tidur

Dia bangun keesokan hari lebih kurang pukul 8:40 malam tanpa sebarang masalah, dan seterusnya berjaga hingga 7:30 malam keesokkannya. Seterusnya dia tidur selama 10 jam pula. Selepas beberapa minggu dan sudah kembali tidur secara normal, dia tidak mengalami sebarang masalah fizikal dan mental/psikologi.

Mungkin waktu kajian, dia cuma berada dalam satu tempat. Tak guna banyak tenaga. Cuba buat kerja macam biasa dan senaman, pasti 2 3 hari dah pitam kan. Kita kalau tak tidur dalam tempoh 2 atau 1 hari pun, rasa dan rupa dah macam zombie!

Sumber: wikipedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.