Cara Menghilangkan Mengantuk

Dalam artikel ini, kami ingin kongsi beberapa tips dan cara untuk menghilangkan mengantuk ketika berada di kelas dan juga pejabat. Pada waktu pagi, sesetengah orang memang selalu menguap je sebab rasa mengantuk. Kalau malam tu, normal la jugak kan. Pelbagai sebab boleh jadi punca, antaranya tak cukup tidur dan juga tidur berlebihan. Macam2 petua dan ubat dikongsi untuk elak dari sering mengantuk. Kalau dah kat pejabat dan kelas asyik layu dan kuyu je, memang cari pasal. Silap2 kena marah dengan bos dan cikgu/pensyarah.

mengantuk

Jom baca 6 cara untuk hilangkan rasa mengantuk!

Sarapan dan Kerap Makan serta Minum
Sebelum pergi kelas dan pejabat, disarankan untuk makan sarapan. Ia dapat memberi anda tenaga untuk hadapi hari yang penuh cabaran, sementara nak tunggu waktu lunch. Lagi2 waktu pagi, memang berat je mata nak buat kerja dan fokus.

Minum air dalam huraian ni bukan bermaksud pegi lepak minum2 dengan member pada waktu kerja dan kelas ye! Minum air terutama air kosong/mineral dapat menggantikan air dalam badan. Jika rajin, buat air green tea. Pasti rasa segar. Bangun pagi, minum segelas air. Di tempat seterusnya, minum lagi. Kalau kerap sangat, nanti asyik pergi tandas pula. Jadi pandai2 anda nak minum banyak mana.

Makan dengan kerap pula dapat mengekalkan tenaga, dan makan sesuatu yang bersesuaian. Jangan makan nasi beriani lauk kambing. Memang tidur la jawabnya. Sambil2 buat kerja atau dengar pensyarah ajar, makan buah ke, roti ke atau kunyah chewing gum.

Bila dah mengunyah, sedikit sebanyak rasa mengantuk akan hilang.

Senaman
Senaman terbahagi kepada senaman ketika berada di luar dan dalam pejabat/kelas. Di luar, contohnya joging dan bersukan. Di dalam pula, buat regangan badan. Bila rasa mengantuk je, bangun dari tempat duduk dan buat senaman ringkas. Tujuannya untuk membuat jantung mengepam lebih dari biasa, baru la kencang darah mengalir. Luruskan tangan dan bongkok2 badan pun ok dah. Tetapi kena tengok tempat yang sesuai. Nanti mengganggu orang lain pula. Kalau dah tak ada tempat, pergi ke tandas.

Latihan Pernafasan
Tarik, tahan dan lepas nafas untuk membekal lebih banyak oksigen dalam badan. Bila rasa mengantuk, anda tarik nafas dalam perlahan2, tahan seketika dan lepas perlahan2. Buat beberapa kali, pasti anda akan rasa badan lebih segar. Buat latihan pernafasan, bukan pernafasan guna rokok ye haha

Cari Cahaya Matahari
Apabila anda terdedah kepada cahaya matahari, ia dapat buat anda segar dan tidak mengantuk. Anda cuba berjalan2 di sekitar pejabat, cari tingkap yang ada cahaya. Biar cahaya tersebut menusuk tepat ke muka dan badan. Kalau berada di kelas, minta izin untuk keluar seketika. Tetapi buat sebelum tengahari. Bila dah tengahari, nanti kena kanser kulit pulak!

Dengar Muzik
Tak kisah la dengar muzik semata2 atau lagu. Ini memang antara cara yang paling efektif untuk hilangkan mengantuk. Kalau radio, dengar dj berceloteh. Kalau mp3 player, pasang lagu yang anda suka, ulang la lagu tu sampai lebam haha

Tidur Sekejap
Tidur sekejap boleh dilakukan pada waktu rehat, biasanya waktu makan tengahari. Ada orang, ketika waktu lunch, makan dan berborak sebelum sambung kerja. Ada orang, mereka makan dan kemudian tidur.

Setelah bangun dari tidur, tenaga dalam badan umpama sudah dicas. Jadi tiada masalah mengantuk untuk buat kerja sampai ke petang. Bagus kalau tidur pada waktu rehat. Tetapi di Malaysia, bahasa mudah untuk tidur sekejap pada bukan waktu rehat ialah mengular haha

Diharap artikel ini dapat membantu anda menangani masalah yang membelenggu hari2 anda. Ada cara lain? Jom kongsikan bersama kami!

One thought on “Cara Menghilangkan Mengantuk

  1. kalau ngantuk sangat, aku tidur aje. haha..

    habis cerita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.