Kebaikan Internet

Dalam artikel ini, kami ingin kongsi 6 kebaikan penggunaan internet. Maklumat yang ada ini boleh diguna untuk buat karangan dan perbahasan. Kepentingan internet terletak pada pengguna itu sendiri, samada ia lebih memberi kebaikan berbanding keburukan tak kira pelajar, pekerja atau sesiapa pun. Internet membuatkan hidup kita makin senang dan mudah, serta menjadi alat yang menghubungkan manusia dari serata dunia.
kebaikan-internet
Komunikasi Dengan Lebih Cepat
1. Email
a. Untuk urusan rasmi seperti kerja dan tidak rasmi seperti urusan peribadi.
b. Tidak perlu guna khidmat pos untuk hantar surat. Hanya scan dokumen dan hantar melalui email.

2. Penggunaan media sosial
a. Kita sentiasa tahu apa perkembangan teman2 tanpa perlu berjumpa dengan mereka.
b. Menjadi tempat perkongsian maklumat – ahli dalam komuniti dapat berkongsi pelbagai informasi.

3. Di pelbagai tempat
a. Sentiasa berhubung tanpa mengira jarak dan tempat walaupun berlainan waktu.
b. Dulu2 kalau nak guna internet kena guna komputer. Kini, gadjet kecil pun dah ada internet. Jadi mudah dibawa kemana sahaja.

Sumber Informasi dan Maklumat
1. Berita dalam dan luar negara
a. Berita paling terkini boleh didapati.
b. Berita yang lama seperti kisah sejarah juga ada di internet.

2. Cepat dan pantas
a. Tidak perlu beli surat khabar dan juga buku.
b. Jika memerlukan maklumat, cuma cari sahaja di internet.

3. Mudah diperolehi dan diakses
a. Ada maklumat yang diperolehi secara percuma dan ada juga yang berbayar.
b. Kesahihan informasi bergantung kepada sumber. Betul sumber, betul la maklumat tu.

Artikel berkaitan:
Keburukan Internet

Untuk Tujuan Pembelajaran
1. Tidak perlu ke perpustakaan
a. Sekiranya anda perlu siapkan tugasan/assignment/homework.
b. Hanya perlu taip topik untuk cari bahan.

2. Pelbagai bidang dan topik
a. Ilmu yang ada boleh dikongsi dan bertukar2 bersama orang lain dalam kumpulan di internet.
b. Skop carian yang luas boleh dikecilkan untuk dapat maklumat yang lebih terperinci.

3. Kelas atas talian/online
a. Boleh belajar pada bila2 masa walau berlainan waktu dengan tempat lain.
b. Boleh belajar walau dalam bahasa lain, hanya guna terjemahan di internet.

Untuk Tujuan Perniagaan
1. Urusan jual beli
a. Peluang penjual untuk tambah pendapatan sampingan. Pendapatan tetap pun boleh.
b. Pembeli tak perlu keluar rumah, isi minyak kereta dan parking kenderaan.

2. Kewujudan perniagaan tanpa perlu ada premis/kedai
a. Hanya buat promosi kepada kenalan terdekat, pasti cepat tersebar kepada orang lain.
b. Jika promosi menarik, pembeli yang akan cari penjual.

3. Tak pening kepala fikir tentang kedai
a. Bil utiliti dan sewa kedai.
b. Perniagaan boleh dijalankan di kediaman tempat tinggal atau rumah.

Untuk Tujuan Peribadi
1. Hobi
a. Beli lagu dan tengok movie online.
b. Buat blog untuk tambah pendapatan.

2. Bayaran atas talian/online
a. Bayar cukai.
b. Bayar bil2 dan urusan perbankan.

3. Membeli-belah/shopping
a. Beli barang tanpa perlu guna wang tunai. Pesan, bayar guna perbankan internet dan tunggu barang sampai rumah.
b. Urusan lelong juga boleh dilakukan di internet.

Pengiklanan
1. Murah dan berkesan
a. Iklan di internet lebih murah berbanding di televisyen dan radio.
b. Sebagai pilihan, boleh iklankan produk atau perkhidmatan di forum atau blog.

2. Cepat dan boleh tentukan golongan sasaran
a. Hasil yang positif boleh didapati dalam tempoh 24 jam.
b. Boleh tentukan kriteria orang yang akan lihat iklan seperti jantina, umur dan tempat tinggal.

3. Penampilan iklan lebih menarik berbanding media cetak
a. Iklan tidak berkedudukan statik, iaitu bergerak2.
b. Apabila iklan diletak pada sesebuah laman web di internet, ia berada di kedudukan yang mudah dilihat oleh pengguna internet.

One thought on “Kebaikan Internet

  1. NOTA RINGKAS ABANG MEMANG TERBAIK DARIPADA ADIK TINKATAN 1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.