Keburukan Internet

Dalam artikel ini, kami ingin kongsi 5 keburukan penggunaan internet. Maklumat yang ada ini boleh diguna untuk buat karangan dan perbahasan. Kepentingan internet terletak pada pengguna itu sendiri, samada ia lebih memberi kebaikan berbanding keburukan tak kira pelajar, pekerja atau sesiapa pun. Internet membuatkan hidup kita makin senang dan mudah, serta menjadi alat yang menghubungkan manusia dari serata dunia.
kebaikan-internet
Boleh Menyebabkan Ketagihan
1. Penggunaan media sosial
a. Asyik2 nak update dan upload gambar selfie.
b. Asyik2 nak stalk orang lain.

2. Terlebih layan hobi
a. Main game online.
b. Tengok cerita online.

3. Judi
a. Pelbagai laman web perjudian boleh didapati di internet terutama di luar negara.
b. Jika tak kawal diri, duit dipertaruhkan tanpa disedari.

Lupa Tanggungjawab
1. Kepada diri sendiri
a. Perkara yang dilakukan seharian seperti makan dan mandi tidak dilakukan kerana leka dengan internet.
b. Kerja dan belajar tidak lagi menjadi kepentingan.

2. Kepada keluarga
a. Ibubapa, pasangan dan anak2 akan terabai.
b. Keluar makan bersama2 tapi tetap online. Hilang kemesraan jika perkara ini berlaku.

3. Kepada masyarakat sekeliling
a. Prestasi di tempat kerja jadi teruk. Ini memberi kesan negatif kepada orang disekeliling.
b. Lupa untuk berkomunikasi secara fizikal.

Artikel berkaitan:
Kebaikan Internet

Maklumat Tidak Tepat
1. Sumber tidak boleh dipercayai
a. Sekali baca, memang meyakinkan tetapi tiada sumber sahih.
b. Kadang2 sesuatu isu jarang diambil dari kedua2 belah pihak.

2. Isu tak betul boleh tersebar dengan cepat
a. Semua orang boleh buat cerita.
b. Kuasa terletak pada pengguna internet. Isu yang tidak betul akan disebarkan tanpa selidik sumbernya.

3. Sumber copy paste
a. Sumber untuk sesuatu isu memang betul. Tetapi apabila berada di internet, ia berkemungkinan dipadam dan ditambah isi kandungannya.
b. Jadi, sumber asal sudah berubah. Ia semakin berubah2 apabila disebarkan.

Penggodam
1. Mencuri maklumat peribadi
a. Kebiasaannya melibatkan aktiviti perbankan internet.
b. Antara yang kerap berlaku ialah mencuri melalui teknik phishing.

2. Mengambil alih akaun komunikasi
a. Hack akaun media sosial.
b. Hack email pengguna internet.

3. Mencuri maklumat dalam komputer
a. Jika tidak dilindungi dengan perisian yang betul, penggodam dapat masuk ke dalam “device” pengguna internet.
b. Virus ditinggalkan serta maklumat akan dicuri.

Kes Buli dan Penipuan
1. Buli siber dan kaki troll
a. Golongan ini suka kenakan pengguna internet, seperti ahli dalam forum dan group media sosial.
b. Jika seseorang pengguna internet itu lemah, apabila dibuli, dia berkemungkinan akan bunuh diri akibat tertekan.

2. Keyboard warrior
a. Golongan ini suka memberi pendapat, dan hanya berpegang dengan pendapat sendiri tanpa terima kata2 pengguna internet lain.
b. Apa yang mereka kata tu semua betul. Jika ada yang bantah, maka tercetuslah pergaduhan dalam internet.

3. Penipuan identiti
a. Kerap berlaku dalam urusan jual beli dalam internet.
b. Dan juga berlaku dalam kes suai kenal seperti cari jodoh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.