PUK Code Untuk Maxis Dan Hotlink

Dalam artikel ini, kami ingin kongsi bagaimana cara untuk dapatkan PUK code/kod PUK untuk nombor Maxis/Hotlink. Apa itu PUK code? Kod 8 digit ini akan diminta apabila anda salah masuk PIN code/kod PIN sebanyak 3 kali. Selepas 3 kali, anda dah tak boleh masukkan dah. Sebagai peringatan, jangan masukkan kod PUK jika anda tidak tahu kerana perbuatan ini akan buat sim kad anda disekat/block! Maka anda terpaksa pergi ke pusat khidmat pelanggan untuk dapatkan sim kad baru.

maxis-puk-code

Untuk Pelanggan Maxis/Hotlink
Cara Pertama
Apabila anda beli sim kad, ia bersaiz kad atm. Untuk dapatkan kod PUK, lihat pada nombor yang dicetak pada bingkai sim kad tersebut.

Cara Kedua
Dail Maxis Customer Care Service 03 7492 2123 (Ini cara yang kami lakukan – caj panggilan akan dikenakan ). Dail guna telefon nombor maxis lain atau nombor telco lain. Ikut arahan seterusnya. Kemudian perunding perkhidmatan yang bertugas akan membantu anda.

Untuk tujuan pengesahan dia akan minta:
– nombor telefon maxis yang perlukan PUK code
– nama pemilik sim kad
– nombor kad pengenalan dan pemilik sim kad
– alamat pemilik sim kad

Selepas pengesahan dilakukan, perunding tersebut akan bagi 8 digit PUK code anda.

Langkah-langkah untuk masukkan kod ini:
– on telefon
– masukkan 8 digit PUK code
– masukkan 8 digit PIN code baru
– sahkan PIN code baru
– siap!

Namun jika anda mengalami masalah ketika masukkan PUK code, sila off dan on semula telefon.
Dan ulang semula langkah diatas.

Dinasihatkan supaya anda telefon pusat khidmat pelanggan jika tidak pasti bagaimana cara untuk selesaikan masalah ini. Ini penting untuk elak berlaku perkara yang tak diingini seperti sim kad disekat.

Untuk Pelanggan Celcom
Celcom Customer Service – 1300 111 000

Untuk Pelanggan Digi
Digi Customer Service Helpline – 016 2211800

Sebarang persoalan, sila hubungi nombor telefon diatas 🙂

2 thoughts on “PUK Code Untuk Maxis Dan Hotlink

  1. hi ,please solve my sim card PUK Code problem !
    I’ve forgot the code

    • Hi Danny,

      To help you solve this proble, please follow below steps:

      1. Call Maxis Customer Care Service 03 7492 2123 (will be charge)
      2. Follow the instruction from operator
      3. verify your information
      – phone no.
      – simcard owner’s name
      – ic no.
      – owner’s address

      After that, operator will give your 8 digit PUK code.

      To enter your code:
      1. On your phone
      2. Enter 8 digit PUK code
      3. Enter new 8 digit PIN code
      4. Verify new PIN code
      5. Done.!

      I hope this will help you.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.