No Plat Atau Nombor Pendaftaran Kenderaan Mengikut Huruf Dan Negeri

Dalam artikel ini, kami ingin kongsi no plat atau nombor pendaftaran kenderaan mengikut negeri di Malaysia. Tak kira la kereta, motor atau lori, sistem ini digunapakai sebagai pengenalan diri kenderaan tersebut. No plat terkini sejak sejarah awal pendaftaran di Malaysia bermula dengan huruf, dari A sampailah ke Z.

no-plat-pendaftaran-huruf-negeri

No Plat atau Nombor Pendaftaran Kenderaan Mengikut Huruf dan Negeri

A – Perak
M – Melaka
B – Selangor
N – Negeri Sembilan
C – Pahang
P – Pulau Pinang/Penang
D – Kelantan
R – Perlis
J – Johor
T – Terengganu
K – Kedah

KV 1234 dan KV 1234 A – Langkawi
W dan W 1234 A – Kuala Lumpur
Putrajaya 1234 – Putrajaya
LE 1234 – Labuan

no-plat-pendaftaran-huruf-negeri

Sarawak

Q#* 1234 *

Cara nak faham > Q – Sarawak, # – Daerah, * – Huruf

QA – Kuching, QL – Limbang, QR – Sarikei, QB – Sri Aman dan Betong, QM – Miri, QS – Sibu dan Mukah, QC – Samarahan, QP – Kapit, QT – Bintulu

Contoh: QAB 1234 – Nombor pendaftaran di Kuching

Sabah (kecuali Labuan)

S#* 1234 *

Cara nak faham > S – Sabah, # – Daerah, * – Huruf

SA dan SAA dan SAB – Kota Kinabalu, SB – Beaufort, SD – Lahad Datu, SG – Kerajaan Sabah, SK – Kudat, SL – Labuan (sebelum ditukar ke plat baru), SS – Sandakan, ST – Tawau, SU – Keningau

Contoh: STC 1234 – Nombor pendaftaran di Tawau

E – No Plat Lama Sabah

EJ – Jesselton (Sekarang Kota Kinabalu, sejak 1968), ES – Sandakan, ET – Tawau, ED – Lahad Datu, EU – Keningau, EK – Kudat, EL – Labuan

Contoh: ESA 1234 – no plat di Sandakan

no-plat-pendaftaran-huruf-negeri

Teksi di Semenanjung, Sabah dan Sarawak

H#* 1234

Cara nak faham > H – Teksi, # – Negeri, * – Huruf

HA – Perak, HM – Melaka, HB – Selangor, HN – Negeri Sembilan, HC – Pahang, HP – Pulau Pinang, HD – Kelantan, HQ – Sarawak, HE – Sabah (lama), HS – Sabah (terkini), HR – Perlis, HJ – Johor, HK – Kedah, HT – Terengganu, HL – Labuan, HW – Kuala Lumpur

Contoh: HBB 1234 – teksi di Selangor

Limo

Pendaftaran perkhidmatan limousine hanya disediakan di Kuala Lumpur dan Selangor sejak pembukaan KLIA pada tahun 1998.

LIMO 1234 W – Kuala Lumpur
LIMO 1234 B – Selangor

Kedutaan

Diplomatic Corps
#-*-DC

Consular Corps
#-*-CC

United Nations
#-*-UN

Cara nak faham > # – Negara, * – Pangkat

11 – Thailand, 16 – amerika, 24 – Russia, 29 – Indonesia, 39 – Singapore, 44 – Iraq, 46 – Jepun, 100 – European Union

Contoh: 24-01-DC untuk Kedutaan Russia

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) termasuk kereta kebal dan kereta perisai

Z – Panglima Angkatan Tentera (Pemerintah Tertinggi ATM)
ZA hingga ZD – Tentera Darat Malaysia (TDM)
ZL – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)
ZU – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)
ZZ – Kegunaan staf Kementerian Pertahanan Malaysia
JMF – Johor Military Force (Askar Timbalan Setia Negeri)

Contoh: ZD 1234 – Kenderaan TDM dan

Kenderaan Diraja dan Pemerintah Negeri

Nama Pangkat pada plat berwarna kuning.

no-plat-pendaftaran-huruf-negeri

Nombor Pendaftaran Khas

JDT 1 hingga JDT 10 – Kerajaan Johor

SUKOM – no plat yang dikeluarkan ketika Sukan Komanwel 1998 di Kuala Lumpur.

XIII NAM – no plat yang dikeluarkan ketika Persidangan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) tahun 2003 di Kuala Lumpur.

X OIC – no plat yang dikeluarkan ketika Persidangan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) tahun 2003 di Kuala Lumpur. Sesetengah kereta yang guna plat ni kereta kalis peluru.

XI ASEAN – no plat yang dikeluarkan ketika Sidang Kemuncak ASEAN tahun 2005 di Kuala Lumpur.

BAMbee – no plat yang dikeluarkan ketika Piala Thomas dan Uber tahun 2000 di Kuala Lumpur.

XXX IDB – no plat yang dikeluarkan kepada peserta ketika Persidangan Islamic Development Bank.

Chancellor – no plat kereta Proton Waja Chancellor

G1M – Gagasan 1 Malaysia

1M4U, Proton, WAJA, Persona, Tiara, Perdana, Satria, Perodua, NAZA, LOTUS, KRISS, Jaguh

Jika ada sebarang tambahan atau pembetulan dalam artikel ini, sila maklumkan kepada kami 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.