Cara Halau Lipas Dalam Kereta

Dalam artikel ini, kami ingin kongsi cara dan petua untuk halau/hapus lipas yang bersarang dalam kereta. Diharap ia berkesan dan dapat bantu anda buat tindakan terbaik. Tips ini juga sesuai untuk halau serangga lain seperti semut. Tempat biasa yang jadi pilihan lipas untuk lepak dalam kereta ialah bawah karpet tempat kaki, bawah seat tempat duduk belakang dan di bahagian bonet belakang.

lipas-dalam-kereta

Pertama ialah keadaan tempat letak kereta
Ada yang kata, bila kita park kereta di tepi longkang atau bawah pokok, ia akan buat kereta jadi lembab. Ini menjadi faktor untuk buat kereta jadi tempat tinggal lipas. Kami tak pasti pulak betul ke tidak, tapi macam betul. Untuk elak lipas masuk kereta, park di tempat terbuka.

Kedua ialah kebersihan dalam kereta
Elakkn makan dan minum dalam kereta (tapi boleh bosan la pulak kalau tak boleh makan langsung haha). Bila kita makan, pasti akan ada sisa makanan yang jatuh di celah2 tempat duduk dan tempat letak kaki. Maka si lipas sudah ada tempat tinggal dan juga makanan! Sekiranya keadaan kereta bersih, peratus kemungkinan lipas ada akan kurang. Kalau kat rumah ada vacuum, sila rajinkan diri untuk sedut apa yang ada dalam kereta anda.

Ketiga ialah sesi halau lipas
1. Sembur penghapus serangga seperti Shieldtox Cockroach Control (ia lebih wangi berbanding Baygon, tapi kalau nak guna Baygon pun boleh). Spray di bahagian bonet dan kawasan karpet tempat letak kaki. Sembur sikit2 je, nanti pening pulak bila tutup pintu. Dan jangan sembur pada bahagian besi, takut karat pulak.

shieldtox-cockroach-control

Jangan spray di kawasan air cond, takut lipas mati dan tinggalkan bangkai dalam saluran. Busuk jadinya nanti!

baygon-cockroach-control

Park kereta anda tengah panas, bukak semua pintu termasuk bonet belakang. Biar segala serangga yang ada keluar akibat spray tersebut dan keadaan panas. Agak2 dah puas hati, park kereta di tempat redup. Kemudian cek kot2 ada dah bangkai lipas, dan boleh mula vacuum. Kalau malas, boleh mula vacuum 2 3 hari selepas sembur penghapus serangga.

Atau

2. Letak daun pandan di bahagian tempat duduk dan bonet. Ada yang kata berkesan, ada yang kata tak.

Atau

3. Letak perangkap lipas di bawah tempat duduk hadapan dan bonet.

Atau

4. Hubungi syarikat penghapus serangga. Ada banyakkk di Malaysia.

Jika pembaca ada petua dan cara yang lain, jom kongsi dengan kami!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.