Ciri Ciri Dan Tanda Lelaki Perempuan Suka Kita Dalam Diam

Apa ciri-ciri lelaki atau perempuan suka pada kita dalam diam? Apa pula tanda dan cara untuk tahu seseorang itu menyukai dan jatuh cinta terhadap kita? Untuk mengetahui sejauh mana perasaan sayang tersebut, kami ingin kongsi bersama anda melalui artikel ini. Lumrah kehidupan setiap manusia, yakni lelaki dan perempuan, akan wujud perasaan kasih sayang. Ia tidak salah. Bak kata orang dari mata turun ke hati gitu. Sekiranya salah seorang pemalu dan gementar untuk ambil langkah pertama, pasti dia akan jatuh cinta juga mencintai dalam diam.

lelaki-perempuan-suka

Cara Mengetahui Orang Suka Pada Kita
(Apa yang kita boleh buat kat orang tu)

1. Ajak dia berborak dan lihat responsnya. Cara bercakap, duduk, body language, kerdipan mata dan gelak tawa.
2. Bila berborak tu, muka berseri2. Mulut pun sentiasa senyum.
3. Jika si dia seorang yang pemalu, cuba berkenalan melalui medium seperti media sosial.
4. Cuba call dia dan lihat cepat ke lambat dia jawab call anda tu. Kalau cepat, memang dia sukakan anda.
5. Tanya straight to the point kat dia, kamu suka saya tak? Terus dapat jawapan!

lelaki-perempuan-suka

Ciri Ciri Dan Tanda Lelaki Atau Perempuan Suka Kita Dalam Diam
(Apa yang kita lihat orang tu buat pada kita)

1. Dia cari peluang nak cakap dengan anda.
2. Dia nak bersembang dengan anda tapi malu. Tapi bila dah sembang, tak nak berhenti.
3. Dia senyum bila tengok anda.
4. Dia cuba untuk kenal kawan2 anda.
5. Dia cuba untuk buat eye contact, tetapi ada yang elak sebab malu.
6. Dia jadi pelindung anda, dari segi mental dan fizikal.
7. Dia akan sentiasa bersiap sedia untuk anda, tak kira masalah ataupun sebagai teman bersuka ria.
8. Dia seorang pendengar yang baik. Mendengar segala keluhan dan pendapat anda.
9. Dia bagi perhatian penuh dekat anda. Fokus je bila anda potpetpotpet.
10. Dia akan memastikan penampilannya kemas.
11. Dia layan anda berbeza dengan orang lain jika berada dalam sesebuah kumpulan.
12. Dia akan suka apa yang anda suka.
13. Dia kelihatan gementar bila bersama anda.
14. Dia seorang yang kasar tetapi akan jadi lembut bila bersama anda.
15. Dia kelihatan cemburu bila ada orang sama jantina dengannya rapat dengan anda.
16. Dia akan hubungi kamu sekerap mungkin. Orang tengah angau la katakan haha

Diharap tips ini dapat membantu anda menyelesaikan persoalan yang berada di fikiran anda sekarang. Dia suka aku ke? Namun apa2 pun, kita perlu tahu beza diantara orang yang ikhlas berkawan dengan orang yang suka ambil kesempatan atas diri. Tak lupa juga, ada berbagai sifat manusia, samada orang tersebut memang baik ataupun baik ada makna haha

Ada pembaca nak kongsi info? Apa lagi, sila tulis kat ruangan komen dibawah. Nanti kami tambah dalam artikel ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.