Sejarah Penubuhan Serta Fungsi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia

Dalam artikel ini, kami ingin kongsi sejarah yakni asal usul penubuhan serta fungsi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) / Fire and Rescue Department of Malaysia.

logo-jabatan-bomba-dan-penyelamat-malaysia

Asal Usul Dan Sejarah Penubuhan Bomba Di Malaysia

Pada tahun 1883, Perkhidmatan Bomba Malaysia bermula melalui penubuhan Bomba sukarela Negeri Selangor yang diketuai oleh H.F.Bellamy bersama 15 anggota. Pada tahun 1895, Lembaga Kebersihan yang menguruskan pasukan ini ubah jadi Pasukan Bomba Dan Penyelamat Tetap.

Pasukan ini semakin bertambah di setiap negeri dan diletakkan di bawah pengurusan Majlis Perbandaran atau Lembaga Luar Bandar. Melalui perjanjian Persekutuan Tanah Melayu, Perkhidmatan Bomba diserahkan kembali kepada kerajaan-kerajaan negeri di bawah pentadbiran Lembaga Bandaran dan Lembaga Luar Bandar mengikut negeri-negeri masing-masing.

Perkhidmatan Bomba Malaysia disatukan sebagai sebuah jabatan diperingkat persekutuan pada 1 Januari 1976 dan di bawah pengurusan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Ini diikuti oleh perkhidmatan Bomba Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Melaka pada 1 Januari 1977. Pada 15 Mei 1981, perkhidmatan Bomba Sabah dan Sarawak pula disatukan.

Pada 8 Januari 1977, jemaah Menteri bersetuju untuk ubah nama Jabatan Perkhidmatan Bomba Malaysia kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Perdana Menteri Malaysia dengan rasminya telah mengumumkan dan melancarkan pertukaran nama, logo dan bendera Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia pada 21 Febuari 1997.

Fungsi-Fungsi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia

Fungsi-fungsi utama jabatan adalah mengikut peruntukan di dalam Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341).
1. Memadam, menentang, mencegah dan mengawal kebakaran.
2. Melindungi nyawa dan harta sekiranya berlaku kebakaran.
3. Menentukan adanya jalan keluar kebakaran, penyelenggaraan dan pengawalseliannya yang sempurna.
4. Menjalankan penyiasatan tentang sebab, punca dan hal kebakaran.
5. Melaksanakan khidmat kemanusiaan termasuk perlindungan nyawa dan harta semasa berlakunya apa-apa bencana.

JBPM boleh selain daripada tugas-tugasnya di bawah subsekyen (1) melaksanakan apa-apa tugas lain yang dipertanggungjawabkan kepadanya oleh undang-undang atau sebaliknya yang diadakan oleh menteri untuk dilaksanakan.

Olahan semula dari: sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.