Facebook Dan Apple Bayar Pekerja Wanita Untuk Beku Telur Supaya Fokus Kerja

Tahukah anda, syarikat gergasi Apple dan Facebook akan bayar pekerja wanita untuk beku telur supaya dapat fokus dalam kerjaya? Ya, situasi ini akan ditawarkan kepada pekerja perempuan bermula pada Januari 2015.

Beku telur tu apa benda haa? Telur dikeluarkan dari sistem peranakan wanita, disimpan di bank khas dan akan disenyawakan, maka dapatlah baby.

facebook-apple-beku-telur
Contoh bekas penyimpanan telur wanita

Facebook dan Apple ingin beri peluang kepada golongan ini untuk berjaya dalam karier. Ini kerana ramai wanita putus asa dalam kerjaya apabila tiba soal rumah tangga, kerana mereka akan pilih keluarga berbanding kerjaya. Jadi 2 syarikat ini akan membayar dan membiayai proses pembekuan telur. Kos yang terlibat ialah 12500 pound atau lebih kurang RM65200 untuk proses pengeluaran dan 300pound setahun atau RM1500 setahun untuk simpan telur di bank.

Wanita dapat meneruskan karier lebih lama dan apabila tiba waktu untuk berkeluarga, mereka boleh keluarkan telur tersebut dari bank, dan dimasukkan semula dalam badan.

Apa pendapat anda?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.