Kencing Tak Lawas – Sakit Ketika Kencing

Dalam artikel ini, kami ingin kongsi apa punca/sebab dan petua untuk merawat penyakit kencing tak lawas yang membuatkan seseorang itu berasa sakit ketika kencing/buang air kecil. Ia perkara biasa dan boleh dialami oleh kanak kanak dan dewasa, jantina lelaki dan perempuan/wanita.

kencing-tak-lawas

Bila kita menghidapi kencing tak lawas atau “urinary incontinence”, kita asyik nak kencing je yakni keluar air sikit sikit. Sekiranya dah teruk, nak kencing sakit tapi tak keluar air. Nak tahan pun tak boleh. Masalah ini membuatkan kita tidak berasa selesa, pundi rasa ngilu dan sakit akibat kerap kencing.

Namun jangan risau. Ada beberapa petua yang boleh diamalkan untuk atasi dan hilangkan kencing tak lawas, termasuk juga pengambilan ubat/pil di farmasi, serta berjumpa dengan doktor dengan segera untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Apa Itu Kencing Tak Lawas
Ia bukan satu penyakit cuma kegagalan pundi kencing untuk kawal pembuangan air kecil. Berlaku apabila anda tidak dapat kawal saluran pembuangan air kecil dari pundi. Air kecil akan keluar tanpa boleh ditahan.

Punca Dan Sebab
1. Kurang minum air kosong

2. Pengambilan Makanan Yang berlebihan –
Kafein
Alkohol
Air berkarbonat
Makanan yang pedas, manis dan masam

3. Perubahan fizikal –
Pertambahan berat badan
Wanita hamil/mengandung
Wanita yang melahirkan bayi
Perubahan usia
Menopause
Kanser prostate

Tanda Tanda dan Simptom
Air kecil keluar ketika anda batuk, bersin, gelak, bersenam atau angkat benda berat. Ada juga yang rasa ia akan keluar secara tiba2. Kerap kencing dan keluar air sikit. Bila dah kerap, jadi sakit.

Petua Dan Penawar
1. Ini petua keluarga kami, iaitu minum air kosong dengan kerap. Bila anda buang air, tak rasa sakit sebab keluar air lebih banyak dari biasa.

2. Mula2 tahan kencing dalam tempoh 10 minit. Lepastu tambah lagi waktu. Cuba ke tandas dalam tempoh 2 hingga 4 jam, bukan secara kerap.

3. Rancang untuk ke tandas, bukan bila rasa nak pergi. Contohnya 2 jam sekali.

4. Bila kencing tak lawas berlaku pada orang yang berusia, buat senaman yang dapat menguatkan otot pelvis anda.

5. Ubah cara pemakanan.

Jika masalah ini mengganggu aktiviti seharian, sila berjumpa dengan doktor dengan segera untuk mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut. Jangan tunggu lama2!

Olahan dari sumber:
1, 2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.