Pakej Pelancongan Paling Mahal Dan Lama Di Dunia

Pada tahun 2013, laman web VeryFirstTo.com telah memperkenalkan pakej pelancongan paling mahal dan lama di dunia. Pakej ini akan membawa pelancong melawat 962 Tapak Warisan UNESCO atau UNESCO World Heritage Site di 150 negara. Harga pakej ini cuma 1 Juta Pound atau lebih kurang RM2.28 juta, dan mengambil masa selama 2 tahun! Ya, 2 tahun!

veryfirstto

Maknanya anda bayar 1 juta, terbang ke dari satu negara ke negara lain, dan akan habis melancong dalam tempoh 2 tahun. Setiap hari pergi tempat lain, yakni tempat yang berada dalam keadaan selamat. Sepanjang tempoh ini, pelancong akan menaiki penerbangan kelas bisnes dan menginap di hotel mewah. Ia diperkenal kepada orang yang mempunyai banyak duit, dan ingin cara yang berbaloi untuk membelanjakannya.

Sejak diumumkan pada tahun lepas, lebih kurang 15 panggilan diterima pihak VeryFirstTo, dan seorang lelaki yang dirahsiakan identiti telah bersetuju untuk ambil pakej ini.

Lama gila nak habiskan perjalanan, 2 tahun tu!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.