Punca Migrain

Dalam artikel ini, kami ingin kongsi apa itu sakit kepala serta punca migrain/migraine. Dianggarkan perempuan lebih ramai mengalami migrain berbanding lelaki, dan ia dialami oleh kanak-kanak dan juga orang dewasa. Ia boleh berlaku sehingga tempoh 4 hingga 72 jam dan sudah pasti akan mengganggu aktiviti seharian.

punca-migrain

Punca dan penyebab sebenar masih tidak diketahui namun faktor utama yang menyebabkan seseorang itu mengalami sakit kepala ini ialah penyakit turun temurun, iaitu faktor genetik. Apabila migrain menyerang, ia akan menyebabkan perubahan sementara dalam salur darah di bahagian otak.

Punca dan Penyebab Sakit Kepala Migrain

1. Perubahan Hormon Badan
Kebiasaan ia berlaku pada golongan perempuan ketika tiba waktu nak period atau datang bulan. Antara hormon yang terlibat ialah estrogen. Ia kadang2 dialami 2 hari sebelum dan 3 hari selepas period. Keadaan semakin teruk dan kerap sakit selepas menopause.

2. Perubahan dan Ketidakstabilan Emosi
– stress atau tekanan
– perasaan marah
– gemuruh
– terkejut
– gemuruh
– murung

3. Perubahan Fizikal
– penat
– perubahan waktu tidur
– tidur tak cukup
– bekerja shift
– rendah kandungan gula dalam badan
– aktiviti yang membuatkan jantung terpaksa bekerja lebih kuat dan lama. Contohnya marathon.

4. Pemakanan
– terlepas atau tangguh waktu makan
– kurang air dalam badan
– pengambilan alkohol
– pengambilan perasa makanan
– pengambilan kafein, coklat dan produk tenusu seperti keju/cheese
– buah yang ada kandungan berasid

5. Keadaan Sekeliling
– cahaya terang seperti lampu
– cahaya dari alat elektronik
– asap rokok
– bunyi bising
– perubahan cuaca. Harini panas terik, esok hujan, lusa panas terik balik.

6. Pengambilan Ubat
– ubat tidur
– ubat berkaitan menopause

Punca2 ini tidak semestinya menjadi faktor utama terjadinya migrain dan juga mengelak punca2 ini tidak semestinya kita tak kena migrain. Semuanya bergantung pada tahap kesihatan seseorang individu tersebut.

Untuk keterangan lanjut, sila ke klinik atau hospital berhampiran anda untuk menjalani pemeriksaan.

Artikel penting yang berkaitan:
Tanda Tanda Dan Simptom Migrain
Cara Menghilangkan Migrain

Olahan dari sumber:
[1], [2], [3]

One thought on “Punca Migrain

  1. alhamdulillah, buat masa ni jauh daripada penyakit migraine.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.