Tanda Tanda Dan Simptom Migrain

Dalam artikel ini, kami ingin kongsi tanda tanda dan simptom sakit kepala migrain/migraine.
Sekiranya tanda-tanda awal dapat dikesan, seseorang yang mengalami masalah kesihatan ini dapat mengurangkan sakit yang terlampau. Simptom ini berbeza antara individu.

tanda-tanda-dan-simptom-migrain

– sakit kepala yang terlampau sakitnya, terutama pada bahagian sebelah kepala
– sensitif kepada cahaya, bau dan bunyi
– gangguan penglihatan
– rasa ingin muntah dan juga muntah2
– pening
– hilang daya imbangan badan
– badan rasa lemah
– gangguan percakapan
– gangguan pendengaran, seperti bila air masuk telinga
– sakit pada bahagian abdomen
– hilang fokus
– sakit kepala bertambah ketika buat aktiviti melibatkan fizikal – berjalan, naik tangga

Peringkat Migrain

1. Prodromal Stage
– peringkat permulaan. Perubahan mood, tenaga, sikap dan pemakanan. Boleh dirasai beberapa jam atau hari sebelum diserang
2. Aura
– gangguan penglihatan seperti silau. Boleh berlaku dalam tempoh 5 minit hingga sejam
3. Headache Stage
– sakit pada bahagian sebelah kepala. Muntah, silau melampau, dan berlarutan 4 hingga 72 jam
4. Resolution Stage
– sakit kepala dan simptom berkurangan. Badan rasa penat untuk beberapa hari

Untuk keterangan lanjut, sila ke klinik atau hospital berhampiran anda untuk menjalani pemeriksaan.

Artikel penting yang berkaitan:
Punca Migrain
Cara Menghilangkan Migrain

Olahan dari sumber:
[1], [2], [3]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.