Tangan Ada 10 Jari Tetapi Tiada Ibu Jari

Seorang lelaki Kanada (french canadian) memiliki 10 jari tangan iaitu 5 kiri dan 5 kanan sama seperti orang lain. Ibu jari tangan sama bentuk dengan jari tangan lain. Tetapi kedua2 belah tangan dia tiada ibu jari! Ibu jari normal ada 2 sendi, tetapi jari dia ada 3. Dia memiliki tangan seperti ini bukan disebabkan kecederaan, kemalangan atau kesilapan pembedahan, tetapi kerana Holt-Oram Syndrome. Sindrom ini melibatkan masalah tulang pada lengan dan tangan, dan juga masalah jantung. Orang yang baru berjumpa dengannya pasti akan hairan/pelik, kagum dan takut.

1.
tiada-ibu-jari-tangan-holt-oram

Namun perkara tersebut tidak membuatkan dia rasa rendah diri dan hilang keyakinan untuk teruskan kehidupan. Antara situasi biasa dihadapi antaranya bila bersalam. Orang lain jadi hairan dan akan mula bersembang pasal tangan dia lepas bersalam. Dia tidak mengalami kesukaran untuk buat aktiviti harian, potong kuku pun ok, menulis ok, cuma beberapa perkara aje. Susah nak cari sarung tangan sesuai, pegang cawan dan juga pegang game controller.

2.
tiada-ibu-jari-tangan-holt-oram

3.
tiada-ibu-jari-tangan-holt-oram

Kelebihan dia ialah penumbuk dan pelempang besar dari orang lain, dan mudah untuk capai chord key ketika main gitar.

4.
tiada-ibu-jari-tangan-holt-oram

5.
tiada-ibu-jari-tangan-holt-oram

6.
tiada-ibu-jari-tangan-holt-oram

Cool je lelaki ni. Kalau guna tangan untuk takutkan budak, gempak jugak kan? haha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.