Turtle Taxi – Teksi Yang Dipandu Perlahan Di Jepun

Hanya di Jepun! Teksi dipandu perlahan ketika dalam perjalanan menuju lokasi yang ditentukan penumpang. Seperti yang kita tahu, teksi akan bergerak dari lokasi A ke B, dan akan dipandu selaju dan sepantas yang boleh. Ia untuk memastikan penumpang sampai ke destinasi yang dituju dengan cepat. Namun syarikat yang mengurus perkhidmatan teksi, Sanwa Koutsu Group, memperkenalkan Turtle Taxi di bandar Yokohama. Apa perkhidmatan yang ditawar oleh Turtle Taxi?

1.
turtle-taxi-jepun

Teksi ini akan dipandu samada cepat atau perlahan, mengikut citarasa penumpang. Jika diminta untuk pandu perlahan, anda tidak akan rasa ia bergerak dan berhenti. Tujuan teksi ini diwujudkan ialah untuk memastikan keselesaan dan bukan semua penumpang ingin cepat sampai ke destinasi. Ia amat sesuai untuk orang yang ingin santai2 dan menikmati pemandangan sekeliling. Apabila naik, pemandu akan pandu dengan kelajuan biasa.

2.
turtle-taxi-jepun

3.
turtle-taxi-jepun

Sekiranya penumpang ingin lambat, mereka boleh tekan butang Yukkuri (bermaksud perlahan) di belakang tempat duduk pemandu, dan muzik pun berkumandang. Maka pemandu akan mula pandu perlahan dan bila diselekoh, anda tidak akan rasa senget bila teksi mengambil selekoh. Punya la perlahan dia bawak!

4.
turtle-taxi-jepun

Perkhidmatan Turtle Taxi menjadi pilihan warga emas, wanita mengandung dan ibu yang bawa anak kecil, serta pelancong. Bayi nyenyak tidur bila naik teksi ni.

Ia semakin popular sejak bermula pada Disember 2013, dengan 50 teksi beroperasi. Memandangkan sambutan yang sangat baik, Sanwa Koutsu Group akan memperkenalka teksi ini di bandar lain seperti Tokyo.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.