Laluan Pejalan Kaki Laju Dan Perlahan Dalam Pusat Membeli-Belah

Bila kita pergi shopping di pusat membeli belah, pelbagai ragam manusia akan kita hadap. Terutama waktu sesak. Antaranya orang yang sedang window shopping dan cari kedai. Apabila mereka lihat sesuatu yang menarik perhatian, tiba2 je berhenti berjalan. Maka orang dibelakang pun secara tak sengaja langgar orang yang berhenti tu. Dah jadi masalah pulak.

1.
laluan-pejalan-kaki-meadowhall

Situasi ini dihadapi oleh kanak2 perempuan 10 tahun, Chloe Nash-Lowe. Dia menghadapi keadaan tegang ini ketika membeli belah di Meadowhall, Sheffield UK. Dah la kecik, orang asyik berhenti depan dia. Untuk selesaikan masalah ini, dia tulis surat kepada bahagian pengurusan bangunan. Apa yang dia tulis?

2. Chloe Nash-Lowe
chloe-nash-lowe

Chloe Nash-Lowe minta pengurusan buat laluan/lorong khas iaitu laluan untuk pejalan kaki laju dan perlahan. Lorong kiri perlahan, kanan pula laju. Dan permintaannya ditunaikan. Laluan khas sepanjang 25 meter berada dalam pusat membeli belah ini. Ia memberi kesan yang positif apabila kurang orang berlanggar diantara satu sama lain. Kalau ada yang nak cepat, mereka guna lorong laju.

Laluan ini hanya sementara, sekiranya kesan positif ini kekal dalam masa jangka panjang, ia akan dibuat secara kekal.

Artikel berkaitan:
Laluan Pejalan Kaki Khas Untuk Pengguna Telefon

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.