Masalah Jadi Orang Tinggi [Bahagian 2]

Dalam artikel ini, kami ingin kongsi situasi atau keadaan yang dihadapi setiap hari oleh orang yang memiliki ketinggian lebih dari orang lain. Tinggi atau rendah mempunyai keistimewaan tersendiri maka kita haruslah bersyukur dengan apa yang dimiliki. Purata ketinggian seseorang di sesuatu tempat berbeza, dan pasti ada orang yang lebih tinggi dari purata tersebut. Walaupun tajuk masalah jadi orang tinggi namun ianya tidak menjadi masalah pun, sebab setiap yang berlaku pasti ada sebab tersendiri.

masalah-orang-tinggi

Jom kita selami apa yang dilalui oleh orang yang tinggi!

Kepala jadi gangguan pada orang di barisan belakang bila anda tonton wayang.

Baju free size memang bukan untuk anda.

Akan dengar orang cakap – Kau suka makan kacang panjang eh?

Akan dengar orang cakap – Berapa tinggi kau eh?

Akan dengar orang cakap – Kalau sekarang tinggi macamni, tinggi masa sekolah macamana pulak?

Jadi perisai bila di tempat yang sesak dan pelindung dari cahaya matahari.

Anda tak nampak muka bila guna cermin di rumah keluarga atau tempat awam.

Kepala anda jadi tumpuan bila naik lif sebab lagi tinggi dari orang lain.

Paling tinggi dalam gambar keluarga.

Baju lengan panjang/ kemeja lengan panjang tak cukup panjang.

Anda tak pasti ungkapan “Tingginya kau” tu satu pujian atau sesuatu yang pelik.

Anda tak boleh naik roller coaster tak muat.

Kaki terjulur bila baring atas katil.

Ibu jari kaki panjang macam jari tangan.

Jadi sukarelawan untuk ambil sesuatu di tempat yang tinggi, cuci kipas, tukar lampu rumah dan gantung perhiasan.

Senang dikesan bila berada ditempat awam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.