Masalah Jadi Orang Tinggi [Bahagian 3]

Dalam artikel ini, kami ingin kongsi situasi atau keadaan yang dihadapi setiap hari oleh orang yang memiliki ketinggian lebih dari orang lain. Tinggi atau rendah mempunyai keistimewaan tersendiri maka kita haruslah bersyukur dengan apa yang dimiliki. Purata ketinggian seseorang di sesuatu tempat berbeza, dan pasti ada orang yang lebih tinggi dari purata tersebut. Walaupun tajuk masalah jadi orang tinggi namun ianya tidak menjadi masalah pun, sebab setiap yang berlaku pasti ada sebab tersendiri.

masalah-orang-tinggi

Jom kita selami apa yang dilalui oleh orang yang tinggi!

Bila perempuan tinggi pakai kasut tumit tinggi/heels, pasti rasa diri umpama menara pencakar langit.

Susah nak cari kasut sebab kaki panjang dan lebar.

Akan dengar orang cakap – Kenapa kau tinggi eh?

Akan dengar orang cakap – Mesti kau main bola keranjang kan?

Orang lebih nampak ketinggian anda berbanding siapa diri anda sebenarnya.

Kepala terjulur keatas diantara bilik2 persalinan di butik pakaian.

Tak selesa bila naik kereta, kayuh basikal, bawak motor.

Susah nak cari baju yang betul2 ngam.

Bila buat ucapan, perlu tunduk masa cakap kat mikrofon.

Muka sentiasa kena payung orang lain.

Shower di bilik mandi betul2 berada atas kepala.

Seluar pendek lelaki bawah lutut pasti akan jadi paras peha bila anda pakai.

Kalau ambil gambar kelas, mesti duduk di barisan belakang, atau depan tapi kena duduk.

Bumbung monorel betul2 atas kepala.

Digelar gergasi, zirafah dan galah.

Kerap sakit belakang.

One thought on “Masalah Jadi Orang Tinggi [Bahagian 3]

  1. Untung saya gak setinggi itu.. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.