Ibu Paling Muda Di Dunia Berusia 5 Tahun – Lina Medina

Gelaran ibu paling muda dalam sejarah rekod perubatan di dunia dikatakan milik Lina Medina. Dia seorang kanak2 perempuan yang dilahirkan pada 27 September 1933 di Ticrapo, Peru. Ketika Lina Medina lahirkan bayi lelaki, dia cuma berusia 5 tahun 7 bulan 17 hari.!

1.
lina-medina-peru

Al kisahnya, ibu bapa bawa dia ke hospital di bandar Lima, Peru kerana perutnya membesar dengan jayanya. Disangkakan mengalami ketumbuhan, tetapi rupa2nya dia mengandung.! Ketika diperiksa pada 18 April 1939, dia sedang hamil 7 bulan. Tiba waktu bersalin, dia selamat lahirkan bayi lelaki 2.7kg melalui kaedah Caesarean Section (C-section) pada 14 May 1939. Dia terpaksa dibedah kerana tulang pelvisnya kecil, jadi bayi tak dapat keluar secara normal. Bayi tersebut diberi nama Gerardo sempena nama doktor yang terlibat.

2.
lina-medina-peru

Hmm macamana dia boleh mengandung pada usia yang amat muda.?
Lina Medina lain dari kanak2 seusianya yang lain. Badan dan tulang dia cepat matang, kerana dia mula datang bulan ketika berusia 3 tahun.

3.
lina-medina-peru

Jadi, siapa bapa bayi tersebut.?
Bapa kepada anaknya itu tidak didedahkan identitinya. Ada yang kata Lina hamil akibat perbuatan bapa kandung dia, namun kekurangan bukti tidak dapat mengesahkan perkara ini.

Kini keadaan Lina Medina tidak dapat dipastikan kerana dia memilih untuk elak dari ditemubual.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.