Cara Mengorat Perempuan Dan Memikat Wanita

Dalam artikel ini, kami nak kongsi tips, cara cara serta teknik untuk pikat perempuan/wanita yang boleh digunakan oleh si lelaki untuk mengambil hati si dia tanpa mengira tahap cantik.

Panduan ini sesuai untuk si lelaki pemalu yang ingin ayat tackle mudah, senang, percuma/guna duit sikit dan cepat (cepat ke? Hmm belum cuba belum tahu kan). Untuk mula perbualan, anda haruslah mendekati orang yang anda minat tu.

cara-mengorat-pikat-ayat-tackle-teknik-tips-perempuan-wanita-awek

Pada zaman kini yakni moden, cara cara nak ngorat bukan sekadar depan depan, tetapi juga melalui media sosial seperti facebook dan whatsapp, jadi tips yang dikongsi meliputi kedua dua situasi ini.
Teknik mengorat atau memikat ini juga boleh dicuba jika anda sedang dalam hubungan jarak jauh.

Sifat pemalu memang sifat semulajadi si perempuan/wanita, oleh itu si gentleman haruslah mengambil langkah pertama untuk mula sesebuah perhubungan.

Langkah Pertama,

Lengkapkan Diri
1. Jadi diri sendiri.
2. Buang rasa malu. Ini amat amat amat penting. Kalau malu, nanti anda cakap merapu bila nak mulakan perbualan.
3. Pastikan anda bersedia untuk ditolak atau direject. Walaupun pedih, tetapi ini salah satu lumrah kehidupan.

Seterusnya,

Cara Cara Mengorat Perempuan Dan Memikat Wanita

Situasi: Pertama kali bertemu. Jatuh cinta pandang pertama.
Situasi: Bekerja atau belajar tempat yang sama
Situasi: Perkenalan melalui media sosial atau internet

Curi Pandangan
– jika si dia bersama rakan2, curi pandangan si dia
– anda jelinglah sampai juling biar dia tahu anda sedang menarik perhatiannya
– sambil senyum tak perlu kata apa2

Body Language
– sebelum memulakan langkah untuk mengorat, sila perhatikan gerak gerinya dahulu
– andai body language si dia tidak menganggap anda sebagai satu ancaman, baru boleh ngorat
– kalau si dia tiba2 lari, anda faham sendiri la yer.!

Pujian
– perempuan mana la yang tak suka dipuji, jadi ambil peluang ini
– pujian tak semestinya melibatkan kecantikan, contohnya cuba puji tentang semangat dan kerajinan si dia

cara-mengorat-pikat-ayat-tackle-teknik-tips-perempuan-wanita-awek

Aspek yang perlu diambil kira ketika proses memikat antaranya ialah:

Jaga Penampilan
– penampilan adalah perkara pertama yang dilihat dan dinilai oleh orang disekeliling
– berpakaian kemas
– tak wangi takpe tapi jangan busuk

Jadi Diri Sendiri
– contohnya cara berjalan dan bercakap
– tak jadi seorang penipu

Hormat
– untuk berjaya, anda harus hormat si dia samada berkenaan fizikal, percakapan atau perbuatan
– jika dia cakap dia tak suka anda, jadi anda kena hormat keputusannya
– sekiranya anda tak berputus asa, tak salah mencuba tetapi janganlah sampai mengganggu dirinya

Keyakinan Diri
– bila anda berkeyakinan tinggi, baru la wanita kagum sebab anda memiliki sifat kepimpinan

Jangan Malu
– jika malu ketika ada peluang, anda yang rugi bila terlepas peluang tu
– perempuan tak suka sangat lelaki pemalu

Komunikasi Yang Betul
– tahu bila masa yang sesuai untuk perbualan santai dan serius
– guna nada yang betul, jangan terjerit2 pulak

Prihatin Dan Ambil Berat
– perkara asas dalam hubungan iaitu tanya apa khabar si dia, dah makan ke belum, ngah watpe tu
– maklumkan kepada si dia, jika perlukan apa2, bagitau je anda sebab anda sedia berada disisinya saat susah dan senang

Tidak Kedekut
– bila keluar makan, jangan berkira sangat. Kalau berkira, baik anda duduk rumah diam2
– sediakan bajet untuk beli sesuatu yang akan membuatkan si dia tahu anda suka kepadanya

Matang
– lelaki matang dapat memastikan dan kawal emosi si dia supaya stabil, terutama di waktu sedih
– jika berlaku situasi tertentu, lelaki haruslah membuat keputusan yang betul setelah mengambil kira semua aspek

Pendengar Yang Baik
– sedia untuk dengar segala luahan si dia, walaupun topik perbualan hanyalah tentang kucing
– pastikan anda tahu dan faham apa yang disampaikan kerana wanita suka bagi hint, jarang yang berterus terang

Perhatian
– jika anda bagi perhatian lebih berbanding lelaki lain, pasti hati si dia tertarik dengan anda
– anda tahu sedikit sebanyak apa yang berlaku dalam hidupnya, tetapi jangan la sampai jadi busybody

Pakai Surat Atau Hantar Bunga
– kalau anda ada bajet, boleh cuba cara ini
– jika anda dan dia bekerja di tempat yang berasingan, cuba dapatkan alamat tempat kerja dia dan hantar bunga

Kelakar Yang Tak Menjengkelkan/Annoying
– anda tak kelakar takpe, tapi jangan biadap – bak kata kumpulan sepahtu
– jangan buat kelakar tentang keburukan atau merendahkan orang lain bila bersama si dia

Jiwang Karat
– sebelum anda berjiwang karat, sila pastikan si wanita adalah seorang yang boleh menerima perbuatan ini
– bukan semua wanita suka lelaki ada taman dalam hati

Tenang
– pastikan anda tenang bila bersama si dia, tak kiralah dimana anda berada
– orang tenang ni bagus sebab tak mudah melenting dan marah

Jangan Putus Asa
– cuba dan terus mencuba
– kalau dah kena reject, anda cuba lagi, mungkin dengan perempuan yang sama atau yang lain

Berlagak Pandai
– tolong la jangan buat2 pandai, nanti bila kantoi anda sendiri yang malu

Ini cara terakhir dan terbukti anda akan dapat jawapan dengan kadar segera,

Straight To The Point
– terus terang yang anda suka dia
– beritahu si dia yang anda dah lama perhatikannya
– guna ayat yang tengah top sekarang iaitu bila saya pandang awak, tulang rusuk saya bergetar

Jika anda ada sebarang point dan idea bernas yang lain, jom kongsi dengan kami di ruangan komen.!

One thought on “Cara Mengorat Perempuan Dan Memikat Wanita

  1. bagus artikel nya bisa buat referensi mendekati seorang wanita idaman, terimakasih informasinya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.