Bandar Tiruan Untuk Banduan Dalam Penjara

Pihak sebuah penjara di Beijing, China mengambil inisiatif tersendiri untuk memastikan banduan tahu apa yang berlaku dan bagaimana keadaan di luar penjara. Mereka membina bandar mini tiruan, yang terdiri dari segi pembangunan, teknologi dan perkhidmatan. Supermarket, stesen bas, stesen keretapi dan cyber cafe tiruan antara contoh yang ada dalam bandar mini ini.

1.
bandar-tiruan-dalam-penjara

Petugas penjara jadi main peranan sebagai penjaga kaunter kedai dan juga pekerja bas. Mereka juga diajar cara menggunakan kad kredit dan teknologi moden. Perkara ini dapat membantu banduan yang telah lama menjalani hukuman sedar dan tahu tentang keadaan terkini. Sebelum ia dilaksanakan, ada bekas banduan masuk semula ke penjara kerana buat jenayah. Kenapa? Sebab mereka tak tahu bagaimana nak sesuaikan diri dan jalani hidup dalam dunia yang moden.

2.
bandar-tiruan-dalam-penjara

Sebagai contoh, tempoh tahanan ialah selama 10 tahun. Cuba anda bayangkan, dalam 10 tahun banyak perkara yang berubah.! Jadi, apa yang dilakukan pihak pengurusan penjara ini dapat membantu banduan memperlengkapkan diri sebelum dibebaskan. 3 bulan jalani kursus sebelum bebas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.