Maksud Butthurt

Apa itu butthurt? Bagaimana penggunaannya? Butthurt atau dalam Bahasa Melayu membawa maksud sakit punggung atau sakit bontot haha.. Ia merupakan respons atau tindak balas negatif, apabila seseorang tu terasa kerana sensitif terhadap sesuatu perkara. Padahal orang lain bukan guna duit dan menyusahkan dia pun. Dia akan menjadi emosional berlebihan. Perkataan ini biasa dilihat di ruangan media sosial.

maksud-butthurt

Pasti anda kurang faham kan? Cuba baca contoh di bawah:

Contoh 1
Wak Doyok pakai jaket tebal dan bersiar2 jalan kaki di sekitar Kuala Lumpur, waktu tengahari dan panas. Kemudian dia pun upload gambar kat instagram.

Tak sampai seminit, seorang follower dia komen,

Follower: “Wak Doyok ni normal ke tak normal. Ada ke patut pakai jaket tengah2 panas macamni.”
Wak Doyok: “Aik, aku yang pakai kau yang panas. Kau butthurt ke.?”

Nampak tak cara nak guna perkataan ni?

Padahal Wak Doyok tak kacau hidup follower dia tu pun. Tetapi orang tu pulak yang lebih2 nak menghentam.

Siapa yang butthurt dalam contoh ni? Follower tu.

Contoh 2
Shah peminat tegar modifikasi kereta. Dia sanggup berbelanja besar untuk hobi guna duit gajinya.

2 3 orang sedang berbual sambil kutuk kereta Shah: “Tah apa2 la mamat ni modified kereta dia, dah la rendah, tayar terkeluar pulak tu. Pelik betul minat dia..”

Shah yang terdengar perbualan mereka pun jawab: “Aku bayar tiap2 bulan, aku hantar carwash, aku bikin guna gaji aku. Aku lagi pelik, kenapa korang butthurt.?”

Siapa yang butthurt dalam contoh ni? 2 3 orang tu.

Manusia ada pelbagai perangai dan ragam kan. Sikit2 nak butthurt, nampak sangat hidup golongan ni membosankan. Benda remeh pun nak dibesarkan haha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.