Kasut Yang Saiznya Boleh Diubah Dari Kecil Jadi Besar

Kasut dan sandal kebiasaannya memiliki saiz tertentu dan tidak boleh diubah. Sebagai contoh, jika kita beli saiz 5, ia tetap saiz 5 walaupun kaki kita sudah semakin besar. Perkara ini menjadi sumber inspirasi Kenton Lee, seorang yang berjaya mencipta kasut/sandal “The Shoe That Grows”.

1.
the-shoe-that-grows-kenton-lee

Sandal cetusan idea lelaki ini boleh diubah saiznya. Tujuan utama ia direka sebegini supaya kanak2 yang pakai sandal ini tidak perlu tukar kasut lain apabila umur mereka semakin meningkat dan kaki membesar. Kenton Lee juga ingin elakkan kanak2 dari mengalami kecederaan dan jangkitan pada kaki. Maka terciptalah The Shoe That Grows atau kasut yang akan membesar.

2. Kenton Lee
the-shoe-that-grows-kenton-lee

Golongan sasaran penerima sandal ini ialah penduduk negara kurang berkemampuan di benua afrika. Ia akan dipakai oleh kanak2 seawal usia 1 tahun dan boleh diubah saiz sehinggalah 5 tahun. Apabila mereka pakai kasut yang diderma, mereka cuma boleh pakai ketika muat. Apabila dah tak muat, terpaksa tukar kasut lain. Jika kasut hasil derma tu tiada saiz, terpaksa berkaki ayam.

3.
the-shoe-that-grows-kenton-lee

Anda boleh ke laman web rasmi theshoethatgrows.org untuk menonton video tentang kasut ni >> di sini.

One thought on “Kasut Yang Saiznya Boleh Diubah Dari Kecil Jadi Besar

  1. Keren tu, bisa ubah ukuran 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.