Jewel Shuping – Wanita Yang Nak Jadi Buta

Jewel Shuping seorang wanita berusia 30 tahun dari North Carolina, amerika. Dia salah seorang penghidap Body Integrity Identity Disorder (BIID) di dunia. Apa itu BIID?

1.
jewel-shuping-nak-jadi-buta

Penghidap berasakan anggota badan mereka yang berfungsi dengan normal sepatutnya tidak berfungsi. Ada kes dimana mereka rasa anggota badan sepatutnya lumpuh dan perlu dipotong. Dalam kes Jewel Shuping, dia mula sedar dia tak sepatutnya dapat melihat sejak zaman kanak2 lagi yakni nak jadi buta.

2.
jewel-shuping-nak-jadi-buta

3.
jewel-shuping-nak-jadi-buta

Pada usia 4 tahun dia berjalan dalam rumah pada waktu malam tanpa buka lampu. Pada usia 6 tahun pula dia rasa tenang bila berada dalam kegelapan berbanding melihat keadaan sekeliling Apabila Jewel Shuping tahu bahaya yang dimaklumkan ibunya tentang akibat melihat matahari, dia mengambil peluang. Dia menghabiskan waktu siang merenung ke matahari dengan harapan matanya rosak.

4.
jewel-shuping-nak-jadi-buta

Wanita ini pura2 buta pada usia 12 tahun, mula pakai cermin mata gelap pada usia 18 dan mahir tulisan Braille pada usia 20 tahun.Pada tahun 2006, Jewel Shuping pergi dapatkan khidmat pakar psikologi. Namun bukan untuk rawat BIID tetapi untuk dapatkan cara supaya cepat buta. Hasil bantuan, beberapa titis cecair pencuci longkang dititis ke dalam matanya. Pihak hospital cuba selamatkan mata x berjaya dan selepas 6 bulan kedua2 mata dia rosak sepenuhnya.

Setelah keluarganya tahu Jewel Shuping jadi buta bukan sebab kemalangan, dia dibuang keluarga. Kini, dia kongsi maklumat BIID dengan orang awam dan nasihat utk jumpa pakar denga segera.

Doktor kata BIID tiada ubat dan penawar sebab ia berkaitan dengan sakit mental atau psikiatri. Khidmat nasihat dan kaunseling amat penting supaya penghidap tidak mengambil langkah buruk dalam hidup mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.