Klinik Gigi Sungai Buloh Selangor

Dalam artikel ini, kami nak kongsi tentang klinik pergigian yang ada di Sungai Buloh. Siapa yang tengah cari klinik kerajaan atau klinik swasta murah mesti baca artikel ini. Anda tak semestinya tinggal di sekitar kawasan Sg Buloh, tetapi juga yang tinggal di Kepong, Gombak, Batu Caves, Puchong, Ampang dan Kuala Lumpur pun boleh datang. Dekat je, tak jauh pun.

klinik-gigi-sungai-buloh

Tempat yang kami maksudkan adalah di Fakulti Pergigian Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sungai Buloh. Klinik dalam fakulti ini ada menawarkan pelbagai jenis rawatan gigi dengan harga berpatutan. Di sini rawatan akan diselia oleh doktor dan pakar, jadi anda tak perlu risau ok.

Jika anda mengalami masalah seperti dibawah,dewasa mahupun kanak-kanak, cepat buat temujanji/appointment sebelum terlambat!

Jenis-Jenis Masalah Gigi
Sakit gigi
Gigi kuning
Gigi berlubang
Masalah gigi geraham
Masalah gigi bongsu / Wisdom tooth
Gusi berdarah
Gusi bernanah
Gusi bengkak
Ngilu masa kumur
Gigi berlapis
Masalah mulut berbau kebiasaannya ada kaitan dengan gigi
Gigi tak teratur
Karang gigi / Karat gigi / Dental calculus

Jenis-Jenis Rawatan
Cabut gigi
Scaling / Cuci gigi
Gigi palsu
Crown / Sarung gigi
Rawatan akar / Root canal
Tampal gigi
Bridge
Braces / Retainer / Pendakap gigi / Baiki susunan gigi
Implant / Tanam gigi

Sebelum anda terus pergi ke klinik gigi di Fakulti Pergigian UiTM, anda boleh hubungi nombor dibawah untuk cadangan rawatan dan temujanji/appointment.

Nombor telefon / telephone number:
03-6126 6161
03-6126 6162
03-6126 6163

Alamat / address:
Universiti Teknologi MARA
Sungai Buloh Campus,
Jalan Hospital,
47000 Sungai Buloh,
Selangor.

Lokasi / location:
3.220000, 101.593790
Klik Sini – GPS Lokasi Fakulti Pergigian UiTM

3°13’12.0″N 101°35’37.6″E
Klik Sini – GPS Lokasi Fakulti Pergigian UiTM

Harga / price:
Pendaftaran – RM2
Rawatan – bergantung kepada jenis rawatan

Waktu operasi / operation hours:
Isnin hingga Jumaat
Waktu bekerja (kecuali cuti umum)

Peta / map:
Klik Sini – Peta (Google Maps) Fakulti Pergigian UiTM

Diharap anda dapat memiliki gigi seperti yang diidamkan.!
klinik-gigi-sungai-buloh

One thought on “Klinik Gigi Sungai Buloh Selangor

  1. WAKTU OPERASI
    Klinik Pergigian UiTM Sg Buloh

    Isnin – Khamis
    8.00 pagi – 12.00 tghari
    2.00 ptg – 4.00 ptg

    Jumaat
    8.00 pagi – 11.00 pagi

    Sabtu, Ahad, Cuti Umum
    Tutup

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.